Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ju.ran] | انجورن

Definisi : 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ju.ran] | انجورن

Definisi : 1 sesuatu yg dianjurkan; cadangan; usul. 2 yg dianjurkan atau yg diusahakan oleh: Ceramah itu ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjuran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semakan kepada gaya penulisan yang betul dalam penggunaan italic: Contoh: Merangkul Dua Anugerah di Majlis Malaysian e-Payments Excellence Awards 2017 anjuran Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear) Meraih Anugerah di Majlis AmBank JomPAY Customer Appreciation Dinner Anjuran Kumpulan AmBank Meraih Anugerah di Malaysia Social Media Award 2017 Anjuran Social Media Chambers

Merangkul Dua Anugerah di Majlis Malaysian e-Payments Excellence Awards 2017 anjuran Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear)

Meraih Anugerah di Majlis AmBank JomPAY Customer Appreciation Dinner Anjuran Kumpulan AmBank

Meraih Anugerah di Malaysia Social Media Award 2017 Anjuran Social Media Chambers

Istilah03.09.2018
Salam hormat, mohon khidmat nasihat berhubung perkataan "menyertai" dan "mengikuti". Contoh ayat : Permohonan menyertai kursus anjuran INSAN atau Permohonan mengikuti kursus anjuran INSAN? Sekian, terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan, perkataan menyertai dan mengikuti membawa maksud yang sama. Oleh itu, ayat yang dicadangkan tersebut adalah betul penggunaan bahasanya.

Untuk rujukan:

(Maksud perkataan MENYERTAI ialah 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn., menemani, mengawani (utk. menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat))

Tatabahasa27.07.2018
Mohon semak dan perbetulkan ayat yang dikemukakan di bawah: Majlis ini merupakan anjuran bersama di antara Bahagian Warga Emas dan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU).Majlis ini merupakan anjuran bersama Bahagian Warga Emas dengan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU).Tatabahasa23.02.2015
Salam. Ingin bertanya. Mana satu yang betul? Jawapan atau jawaban? Pernah mengikuti kursus anjuran DBP pd tahun 2008 (bengkel tatabahasa) - yang digunapakai ialah jawaban. tetapi ada rakan yang pernah juga mengikuti kursus anjuran DBP - dimaklumkan bahawa 'jawapan' yang betul. Terima kasih.Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.Tatabahasa17.01.2013
Assalamualaikum w.b.t Saya inginmendapat info tentang 1. Bengkel penulisan anjuran DBP pada tahun ini (2015) 2. Ingin tahu cara, bentuk dan genre penerbitan oleh DBP 3. terma penulisan dan royalti 4. Bengkel penterjemahan dan info kerja-kerja penterjemahan Sekian terima kasih.Maklumat tentang kursus dan bengkel anjuran DBP boleh diperoleh melalui Akademi DBP dan Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dr. Amran bin Joned di talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my, dan Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Puan Siti Aisah binti Murad di talian 03-21479000 atau e-mel aisah@dbp.gov.my.Lain-lain01.04.2015
Adakah pertandingan menulis cerpen atau cerita bagi kanak-kanak yang berumur dibawah 18 tahun akan diadakan dalam masa terdekatSalam sejahtera, MAKLUMAT BERKENAAN DENGAN PROGRAM/AKTIVITI/PERTANDINGAN ANJURAN DBP. Dimaklumkan bahawa, maklumat terkini berkenaan aktiviti/program/pertandingan anjuran DBP bolehlah diperolehi melalui maklumat seperti di bawah: Laman web: lamanweb.dbp.gov.my Twitter: DBPMalaysia Facebook: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Instagram: dbpmalaysia Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.Lain-lain16.04.2020
Salam Sejahtera. Saya adalah salah seorang peminat puisi terutama yang diterbitkan oleh pihak DBP. Seringkali juga menyertai pertandingan mencipta lagu-lagu puisi anjuran DBP, walaupun setakat ini gagal keperingkat akhir. Antara puisi-puisi pilihan untuk dilagukan ialah yang ditulis oleh Zurinah Hassan. SOALAN: BOLEHKAH saya memuatkan lagu-lagu puisi ciptaan saya dari puisi Zurinah Hassan yang gagal keakhir dalam pertandingan anjuran DBP kedalam 'BLOG' saya menerusi YOUTUBE? PERLUKAH saya memohon kebenaran bertulis dari pihak DBP? APAKAH ada lain-lain syarat yang perlu dipatuhi.? TIADA tujuan komersil, cuma sekadar memaparkan minat saya dalam bidang seni. SEINGAT saya ada tiga buah puisi Zurinah Hassan yang dipetik dari buku 'Pujangga Tidak Bernama' terbitan DBP telah saya lagukan untuk menyertai pertandingan berkenaan. Mohon penjelasan. Sekian. Terima Kasih.

Salam takzim,

Sumbangan saudara secara berterusan dalam kegiatan penyebaran karya puisi kepada kalangan masyarakat melalui penyertaan dalam Sayembara Mencipta Lagu Puisi amat dihargai.  Dimaklumkan bahawa hanya lagu-lagu puisi yang layak ke peringkat akhir sahaja yang menjadi hak penganjur iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menerbit dan merakam lagu-lagu tersebut. Justeru, karya lagu puisi saudara yang tidak berjaya ke peringkat akhir menjadi hak milik saudara untuk diterbitkan dan disebarkan.  Namun demikian pihak kami menasihati saudara  agar menghubungi penyair Zurinah Hassan (016-2598049) terlebih dahulu sebelum menerbitkannya bagi medapatkan izin terbit naskhah puisi tersebut.

Selamat maju jaya.

Lain-lain29.11.2010
Apakah syarahan Agung Sasterawan Negara,anjuran KALAM,JKKN dan DBP di Dewan Bahasa dan Pustaka,15 Disember 2009,SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh?Saya ingin menjadikan sesetengah syarahannya untuk digunakan dalam kerja kursus saya.Untuk makluman Syarahan Agung Sasterawan Negara tersebut dianjurkan oleh KALAM dengan kerjasama DBP.  Yang ada maklumat tentang program ini ialah KALAM.  Saudara boleh menghubungi KALAM atau setiausahanya En. Taib Nordin di DBP Sarawak 082-227030.Sastera13.08.2014
Saya berminat untuk menyertai bengkel penulisan anjuran DBP, tetapi malangnya bengkel ini tidak terdapat di Pulau Pinang. Bolehkah pihak DBP mengadakan bengkel penulisan di Pulau Pinang?Salam. Ada empat (4) unit di Pejabat DBP Wilayah Utara, iaitu Unit Bahasa (Puan Khairul Anum Mohd Ali), Unit Sastera (Puan Khairiyah Ghazali), Unit Penerbitan (Syahida Ahmad) dan Pusat Dokumentasi Melayu (Mohd Hafiz Salim). Semua unit tersebut ada menganjurkan bengkel-bengkel penulisan. Mohon berhubung dengan pegawai berkenaan untuk bengkel yang saudara ingin sertai. No. tel. : 04-5377241/2/3/4 Alamat: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, No. 31, Lorong P.S.2, Bandar PERDA, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Lain-lain10.12.2008
Program pengindahan Sungai Klang dan Sungai Gombak anjuran Jabatan Parit dan Saliran yang diberi nama "River of Live" seolah-olah satu lagi usaha menidakkan kepentingan bahasa Melayu. Paling mengecewakan, ia turut berlaku di jabatan kerajaan. Bagaimana harus DBP bertindak?Kami berterima kasih kepada tuan atas maklumat yang disampaikan. DBP akan memantau penggunaan bahasa yang digunakan dalam paparan awam termasuklah kempen kerajaan. DBP akan menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan kerana DBP tidak ada kuasa menghukum pihak yang melakukan kesalahan atau tidak memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaa.Lain-lain24.05.2012
1234567

Kembali ke atas