Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ju.ran] | انجورن

Definisi : 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ju.ran] | انجورن

Definisi : 1 sesuatu yg dianjurkan; cadangan; usul. 2 yg dianjurkan atau yg diusahakan oleh: Ceramah itu ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjuran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
advocacyperakuan; anjuran; rayuan; sokongan; sarananSejarahTiadaHal-hal yang berkaitan dengan anjuran, rayuan, pembelaan atau saranan untuk menunjukkan sokongan dalam sesuatu isu.
advocacyperakuan; anjuran; rayuan; sokongan;, pengutaraanPendidikanTiadaTiada
vertical organizationanjuran tegakKejuruteraanTiadaTiada
advocacyperakuan; anjuran; rayuan; sokongan; kepeguamanUndang-undangTiadaTiada
phase leadanjuran fasaFizikMekanikSuatu keadaan yang wujud apabila suatu gangguan berkala A melengkapi satu kitar, sementara gangguan kedua B melengkapi Y/2p daripada kitar tersebut. Dalam keadaan seperti itu B dikatakan menganjuri (mendahului) A dengan sudut fasa y.
proclamationproklamasi; pengisytiharanSejarahTiadaPengisytiharan atau pengumuman yang diberitahu kepada umum atau anjuran tentang sesuatu hal.
advocacy planningperancangan pembelaanSosiologiTiadaPendekatan sesuatu perancangan yang berbentuk rayuan, belaan atau anjuran.
advocacy planningperancangan pembelaanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPendekatan sesuatu perancangan yang berbentuk rayuan, belaan atau anjuran. Contohnya penyediaan pelan atau rancangan sebagai alternatif rancangan yang sedia ada.
Bretton WoodsBretton WoodsUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNama sebuah tempat di Washington, Amerika Syarikat, yang menjadi lokasi berlakunya Persidangan Bretton Woods anjuran Kuasa Berikat ketika Perang Dunia Kedua masih berlaku. Persidangan Bretton Woods bertujuan untuk mengatur dan mengawal hubungan kewangan dan ekonomi antara negara di dunia, walaupun skop asal perjanjian persidangan tersebut adalah untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan perdagangan dan kewangan Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jepun dan negara di rantau Eropah Barat. Bretton Woods penting kerana mempunyai kaitan dengan institusi-institusi ekonomi dunia, seperti Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.
grapevinekhabar tak rasmiKomunikasiKorporatProses penyebaran maklumat yang berlaku secara tidak rasmi. Proses ini berlaku dalam pelbagai suasana, sama ada dalam suasana bekerja, santai seperti di bilik rehat, kelab golf, atau acara anjuran organisasi. Komunikasi ini berlaku apabila ahli organisasi mempunyai sesuatu maklumat yang perlu atau tidak sewajarnya dikongsi, tetapi dilakukan sebelum sesuatu kenyataan rasmi mengenainya dibuat. Contohnya, maklumat mengenai kenaikan pangkat seseorang atau penggantian penjawat sesuatu jawatan strategik yang terlebih dahulu tersebat dalam kalangan ahli organisasi. Maklumat ini boleh bersifat benar atau sebaliknya.
12

Kembali ke atas