Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata annona


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bullock's heart (Annona reticulata)nona (Annona reticulata)PertanianTiadaTiada
Annona muricatadurian belandaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok bersaiz kecil dalam famili Annonaceae. Tumbuhan ini berasal dari negara Amerika beriklim tropika. Daunnya jenis tunggal, bertekstur tebal dan berwarna hijau gelap. Bunganya jenis tunggal, bersaiz besar dan berwarna kuning kehijau-hijauan. Buahnya besar, berbentuk ovoid dan mengandungi banyak biji. Buah muda berwarna hijau dan bertukar hijau kekuning-kuningan apabila masak. Isi buahnya berwarna putih, menjadi lembut dan berair apabila masak. Bijinya berwarna perang hitam, berbentuk lonjong dan keras. Air rendaman daun digunakan secara luaran untuk merawat demam, masalah kulit, batuk dan sakit sendi. Buah muda dimakan untuk merawat cirit-birit. Buah yang masak boleh dimakan dan dibuat jus.
antifebrileantifebrilHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah dan merawat kesan demam. Contohnya, ekstrak daripada daun telinga beruang (Thottea dependens) dan daun durian belanda (Annona muricata) yang bersifat antifebril. Sinonim antipiretik.
acetogeninasetogeninHerbaFitokimiaKumpulan sebatian alifatik rantai panjang yang mempunyai hujung ?-lakton, sering kali mengandungi ketidaktepuan dan membentuk satu atau dua gelang tetrahidrofuran sama ada bersebelahan atau tidak. Asetogenin sering terdapat dalam tumbuhan famili Annonaceae. Sebatian jenis ini diketahui mempunyai kesan membunuh sel kanser, bakteria dan serangga. Contoh sebatian ini ialah anonasin yang terdapat dalam buah nona (Annona squamosa). Sinonim poliketida.

Kembali ke atas