Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nod] | انود

Definisi : (Kim) 1. elektrod positif dlm sel elek­trolisis atau tiub nyahcas; 2. bahagian hujung yg negatif pd sel atau bateri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.nod] | انود

Definisi : ist elektrod positif yg melaluinya aliran elektrik masuk ke dlm sesuatu larutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anod


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENYADUR ANOD

Menyadur anod ialah sejenis elektrolisis yang

digunakan untuk menyalut logam dengan lapisan

pelindung oksida. Logam bertindak sebagai anod

(kutub Positif) sel elektrolit. Ion oksida bercas

negatif dialirkan menerusi larutan yang

dinamakan elektrolit, dan mengoksidakan

permukaan logam. Aluminium boleh disadur

anod dalam larutan asid sulfurik. Magnesium

sering disadur anod dalam larutan dikromat.

UMUM 
ANOD

Anod lihat Bateri.

UMUM 
DIOD

Diod ialah tiub elektron yang mempunyai dua elektrod, iaitu katod dan anod.

FIZIKAlat/Alatan
TIUB CROOKES

Tiub Crookes ialah sejenis tiub vakum. Sir

William Crookes, ahli fizik dan ahli kimia Inggeris,

mencipta tiub itu pada tahun 1870-an sebagai

sebahagian daripada kajiannya tentang sinar katod.

Usahanya membawa kepada penemuan bahawa

sinar ini terdiri daripada aliran elektron.

Tiub Crookes mempunyai elektrod di setiap

hujung atau berhampiran dengannya, dan tekanan

udara yang rendah di dalamnya. Apabila arus

elektrik yang kuat mengalir dari katod (elektrod

negatif) ke anod (elektrod positif), bara muncul di

hujung tiub yang bertentangan dengan katod.

Crookes membuat kesimpulan bahawa sinar yang

tidak kelihatan daripada katod menyebabkan bara

tersebut. Untuk mengkaji sinaran, Crookes

meletakkan objek kecil dalam laluan sinar, di dalam

tiub itu.

UMUM 

Kembali ke atas