Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl muda dan kacak: engkau aku ambil jadi warga dalam kerana sayang aku mem­bunuh engkau ini kerana rupamu kedua bagus dan ~ tanpa tanding. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anom


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUTU WIJAYAPUTU WIJAYA (1944 -            ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada bulan April 1944 di Puri Anom, Tabanan, Bali, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah I Gusti Ngurah Putu Wijaya.  Putu mula bergiat dalam bidang sastera semenjak di Sekolah Menengah Atas Singaraja, Bali.  Kemudian dia semakin aktif menulis semasa di Fakultas Undang-Undang, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta.  Di Yogyakarta, Putu menganggotai Bengkel Teater Rendra (1967 – 1969).  Di Jakarta, dia mula menganggotai Teater Kecil Ariffin C. Noer dan Teater Popular Teguh Karya (1969 – 1972), sebelum mendirikan kelompok Teater Mandiri.  Pengalaman teaternya diperkaya dengan pengalaman yang diperoleh dari luar negara.SASTERATokoh
SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV

SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV (? – 1721), Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang (1699 – 1718).  Nama sebenarnya ialah Tun Abdul Jalil.  Baginda menjadi bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja Johor semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699).  Sultan Mahmud mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada tahun 1699 tanpa meninggalkan zuriat.  Justeru itu, Bendahara Tun Abdul Jalil melantik dirinya sebagai Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.  Adinda baginda, Tun Mahmud, dilantik sebagai Raja Muda dan Tun Mas Anom sebagai Bendahara Seri Maharaja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SIRAT AL-MUSTAQIM

SIRAT AL-MUSTAQIM, kitab karya Nuruddin al-Raniri.  Kitab ini mula ditulis pada tahun 1634 hingga tahun 1644.  Sirat al-Mustaqim dipercayai kitab fikah yang pertama dalam bahasa Melayu.  Manuskrip asli tulisan tangan pengarang kitab ini hingga kini masih belum ditemui.  Salah satu salinan yang ada ialah salinan Lebai Polim Aceh, yang disalin pada tahun 1680.  salinan tersebut asalnya milik Sultan al-Mu’azzam Raja Yusuf Makanah, yang dihadiahkan kepada pangeran Anom Kesuma Negara dari Mempawah oleh Sultan Bone.  Pada tahun 1989, manuskrip ini dimiliki oleh Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan diberi nombor kelas MS 1102.  Manuskrip ini berukuran 20.5 cm x 16.8 cm, purata 19 baris setiap halaman, setebal 173 halaman.

SASTERAKarya

Kembali ke atas