Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar = kaum ~ orang Madinah yg me-nyambut Nabi Muhammad sewaktu baginda berhijrah ke Madinah dan membantu baginda dlm perjuangannya sehingga dapat menakluki kota Mekah kembali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ansar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANSAR

Ansar ialah nama yang diberikan kepada suku

Aws dan Khazraj dan orang yang menyokong

mereka di kalangan penduduk Madinah yang

beriman dengan Allah S.W.T. dan membantu Rasul-

Nya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang terdahulu yang

mula-mula (masuk Islam) di antara orang-

orang Muhajirin dan Ansar …”

( Surah al-Tawbah 9: 100)

UMUM 
AL-ANSAR

Al-Ansar, golongan yang membantu Nabi Muhammad SAW semasa berhijrah di Madinah.  Dari segi bahasa, al-Ansar bermaksud penolong atau pembantu yang berasal daripada perkataan Arab, ”nasara”.

AGAMABangsa/Suku/Kaum
SA‘D IBN MU‘AZ

Sa‘d ibn Mu‘az ( ? –5 H / ? –626 M), antara sahabat

Ansar yang mula-mula memeluk Islam di Madinah.

Nama penuhnya Sa‘d ibn Mu’az al-Nu‘man. Dia telah

diislamkan oleh Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a. Keimanan

terdetik dalam hati Sa‘d ibn Mu‘az untuk beriman

setelah dia mendengar ayat suci al-Qur’an. Lantas dia

menemui kaumnya dan berkata kepada mereka:

“Percakapan lelaki dan perempuan kamu denganku

adalah haram sehingga mereka beriman dengan

Allah dan rasul-Nya”. Sesiapa yang mendengar

dakwahnya akan memeluk Islam walaupun dalam

masa yang singkat, iaitu dalam sumpah satu malam.

UMUM 
SA‘D IBN ‘UBADAH

Sa‘d ibn ‘Ubadah ( ? –14 H. / ?–635 M.) ialah salah

seorang sahabat dari golongan Ansar Bani Sa’idah,

berasal daripada al-Khazraj, sebuah bandar di antara

Yathrib–Taibah. Dia salah seorang pemimpin pada

zaman Jahiliyah dan juga Islam. Dia digelar sebagai

al-Kamil kerana pengetahuannya dalam bidang

penulisan, memanah dan berenang. Dia memeluk

Islam di tangan seorang sahabat Mus‘ab ibn ‘Umayr

r.a., di rumah As‘ad ibn Zurarah dan telah menyertai

perjanjian ‘Aqabah Kedua. Sa‘ad ibn ‘Ubadah telah

memberi pengakuan taat setia kepada Rasulullah

s.a.w. tanpa pengetahuan orang kafir, dan dia dipilih

salah seorang daripada 12 orang ketua.

UMUM 
KA‘B IBN MALIK ( ?–50 H. / ?–670 M.)

Ka‘b ibn Malik ( ?–50 H. / ?–670 M.), sahabat nabi

daripada golongan Ansar daripada Bani Khazraj di

Madinah. Dia ialah salah seorang yang terlibat

dalam Bai`ah al-Aqabah yang kedua yang mana dia

sendiri memberi Bai`ah kepada Rasulullah SAW.

UMUM 
SALMAN AL-FARISIY

Salman al-Farisiy ( ? –36 H./ ? –656 M.) ialah

salah seorang sahabat nabi yang berasal daripada

golongan Ansar yang menetap di Madinah (dulu

Yathrib atau Tayyibah). Dia berketurunan Parsi

dari Isfahan. Sebelum Islam, dia berpindah ke

Syam, al-Mosul, Nasibyan dan ‘Umuriah untuk

mencari pegangan yang boleh menenangkan

jiwanya. Dia bergaul dengan para pendeta dan

banyak membaca buku karangan orang-orang

Parsi, Rom dan Yahudi. Kesemua buku tersebut

tidak berjaya menyelamatkannya daripada arus

kesesatan. Akhirnya dia menuju ke negeri Arab.

Semasa dalam perjalanan ke sana, dia berjumpa

dengan serombongan penyamun Bani Kalb.

Mereka menculiknya lalu menjualnya kepada

seorang Yahudi. Akhirnya dia dibawa ke Madinah

dan dipaksa bekerja di ladang.

UMUM 
ZAYD IBN THABIT

Zayd ibn Thabit (11 SH – 45 H/611 M – 665),

sahabat nabi yang berasal daripada golongan

Ansar daripada kabilah Khazraj. Nama penuhnya

ialah Zayd ibn Thabit Abu Kharijah. Dia lahir di

Madinah. Bapanya terbunuh dalam Perang Bi’ath

sewaktu dia berusia enam tahun. Dia dibawa

ke Makkah oleh ibunya.

UMUM 
MU‘ADH IBN JABAL

Mu‘adh ibn Jabal (20 S.H.–18 H./603 M.–639

M.), sahabat Nabi s.a.w. dari kaum Ansar,

berketurunan suku Khazraj dari Madinah. Nama

penuhnya ialah Mu‘adh ibn Jabal Abu ‘Abd al-

Rahman. Dia memeluk Islam hasil usaha Mus’ab

ibn Umayr r.a. Mu‘adh turut serta ke Makkah dan

terlibat dalam Perjanjian ‘Aqabah II serta berbai’ah

bersama Rasulullah s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w.

mempersaudarakannya dengan Ja‘far ibn Abu

Talib r.a.

UMUM 
ABU AL-HAYTHAM IBN AL-TAYHAN

Abu al-Haytham ibn al-Tayhan ( ? –20 H./

? –641 M.), sahabat Rasulullah SAW daripada

golongan Ansar. Nama sebenarnya ialah Malik ibn

al-Tayhan. Dia berasal daripada keturunan kabilah

al-Aus iaitu salah satu kabilah yang terdapat di

Madinah. Walaupun dia dibesarkan pada zaman

Jahiliah tetapi dia amat membenci penyembahan

berhala. Dia berpegang pada agama tauhid. Oleh

sebab itu dia segera memeluk Islam dan

merupakan antara enam orang terawal menemui

Rasulullah SAW di Makkah dan beriman kepada

Baginda. Dia juga hadir dalam dua Bai’ah, iaitu

Bai’ah Aqabah I dan Bai’ah Aqabah II serta dilantik

sebagai salah seorang naqib.

UMUM 
ANAS IBN MALIK

Anas ibn Malik (10 S.H.–93 H./612 M.–712 M.) ialah

salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW dari

golongan Ansar. Salasilah keturunannya berkait

dengan Bani al-Najjar daripada suku al-Khazraj .

UMUM 
12

Kembali ke atas