Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.sur] | انسور

Definisi : ; beransur, beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; mengansur 1. melakukan (menyelesaikan) sesuatu sedikit demi sedikit (berdikit-dikit): ~ hutang; ~ kerja; 2. bergerak (mengengsot) maju perlahan-lahan atau sedikit-sedikit: mereka ~ ke depan; mengansuri ark membayar (hutang dll) dgn beransur-ansur; mengansurkan 1. memberikan sesuatu secara beransur-ansur, memberikan sesuatu sbg ansuran atau bayaran berdikit-dikit (utk menyelesaikan hutang dll); 2. menyorongkan ke hadapan; ansuran wang (bayaran) utk menyelesaikan hutang dll secara beransur-ansur, wang yg diansurkan: radio itu dibelinya dgn ~ RM30.00 sebulan; pengansuran perbuatan mengansurkan (hu-tang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.sur] | انسور

Definisi : ; beransur, beransur-ansur sedikit demi sedikit (dlm hal bergerak, membayar hutang dsb): Dia membayar hutangnya secara ~. mengansur 1 melakukan sesuatu berdikit-dikit: Ia ~ kerjanya dr sehari ke sehari hingga selesai. 2 bergerak atau berengsot sedikit demi sedikit: Orang tua itu ~ ke muka pintu. mengansurkan 1 membawa (menyorongkan, menghulurkan dsb) ke depan: Sambil berbual-bual, dia ~ para tetamu ke meja hidangan. 2 memberikan sesuatu atau membayar (hutang dsb) sedikit demi sedikit: ~ hutang. ansuran bayaran yg dibuat sedikit demi sedikit utk mengurangkan hutang: Cincin berlian itu dibelinya secara ~ RM50/- sebulan. pengansuran perbuatan (hal, cara dsb) mengansur atau mengansurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ansur

Peribahasa

Akal tak sekali datang,
     runding (= fikiran) tak sekali tiba.

Bermaksud :

Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Masalah ini tidak akan selesai jika kamu berdua tidak mahu saling bertolak ansur. MUNSYI, SEKALI LAGI, ADAKAH SALING BERTOLAK ANSUR TIDAK SESUAI DIGUNAKAN KERANA ADA BUKU KATAKAN SALAH. TK MUNSYIFrasa "saling bertolak ansur" adalah tidak gramatis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus dan dapatkan maksud bertolak ansur.Tatabahasa16.04.2012
nilai bekerjasama atau nilai kerjasama, mana satu yang betul? tempat letak kereta atau tempat meletak kereta? nilai kerajinan atau nilai rajin? sifat kerajinan atau sifat rajin? nilai bertolak ansur atau nilai tolak ansur?

Yang betul ialah nilai bekerjasama, tempat meletak kereta, nilai kerajinan, dan nilai bertolak ansur. Bagi sifat pula yang betul ialah sifat rajin.

Tatabahasa14.04.2010
Adakah perkataaan "bertolak ansur" mempunyai sengkang (-) di tengah-tengah perkataan?Ejaan yang betul ialah bertolak ansur, tidak ada tenda sempang ditengah-tengahnya.Ejaan12.04.2012
1. Salam sejahtera. Apakah persamaan dan perbezaan antara perkataan 'bersama' dengan perkataan 'bersama-sama'? 2. Antara ayat berikut, yang manakah yang betul? i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama. ii) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama-sama.Salam Sejahtera,

Jawapan 1:  Perbezaan dan persamaan perkataan "bersama" dengan perkataan "bersama-sama" menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­undingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~;

Jawapan 2: Jawapan yang betul ialah
i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama.
Tatabahasa11.03.2013
Saya Cikgu Ng dari SJK Chung Hua No.4. Saya mempunyai satu persoalan tentang kata ganti nama diri. soalan : Perpaduan antara penduduk berbilang kaum dapat diwujudkan jika __________ bertolak ansur. A. kita B. mereka C. dia D. kalian Terima kasih atas kemuliaan tuan.

Perpaduan antara penduduk berbilang kaum dapat diwujudkan jika mereka bertolak ansur. - kata ganti nama diri ketiga yang menunjukkan ramai.

Tatabahasa07.05.2010
Tuan; 1- Adakah wujud perbezaan dalam penggunaan nostalgia dan kenangan? Jika ada perbezaan, boleh tuan berikan contoh ayat? 2- Toleransi sama juga maksud dengan tolak-ansur. Benarkah?

1. Nostalgia bermaksud kerinduan pada sesuatu yang pernah dialami (dinikmati dan sebagainya) pada masa lalu atau kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang telah berlalu, manakala kenangan pula ialah apa yang dikenangkan atau yang timbul (terbayang) dalam ingatan tetapi tidak membabitkan perasaan rindu atau keinginan terhadap sesuatu.

2. Toleransi ialah sikap toleran, iaitu sedia menghormati atau menerima pendapat orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri, manakala tolak ansur saling menuruti atau saling memberi.

Makna30.09.2011
Penentuan tatanama geografi yang mengekalkan ejaan `Ch' seperti Cheras, Puchong, Cherating dll rasanya wajar; tetapi rasanya tolak ansur ini tidak boleh diberikan kepada ejaan `Simpang Ampat', `Simpang Anam' dan `Padang Lallang' yang sah nampak gaya sebutan kecinaan. Bagaimanapun ini hanya sekadar pandangan. Terpulang kepada DBP yang menentukan.Tuan yang dihormati.

Penentuan nama tempat bukan ditentukan oleh pihak DBP, sebaliknya pihak berkuasa tempatan yang menentukan nama setempat atas beberapa pertimbangan masing-masing. Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, nama-nama tempat sebelum tahun 1972 dikekalkan ejaan asal dan nama-nama tempat selepas tahun 1972 perlu dieja dengan struktur ejaan rasmi bahasa Melayu.
Lain-lain14.11.2017
Menyemak ayat di bawah.kalau betul minta kebenaran,kalau salah minta penjelasan.tolong. 1.Ali seorang yang baik tetapi kawannya buruk. 2.Rakyat perlulah hormat-menghormati antara satu sama lain agar bertolak ansur. 3.Kawasan kediaman itu tempat tinggal saya. 4.Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti portugis,belanda dan jepun. 5.Manifesto bertujuan memancing undi,hanya kata-katanya bermunasabah. 6.Ekonomi negara semakin meruncing.Dalam kegawatan ekonomi ini,rakyat perlu membudayakan amalan berjimat-cermat danmenyedari betapa ertinya budaya menabung. 7.Semangat cintai alam melambangkan tanggungjawab seseorang bangsawan.Ayat yang betul dan gramatis ialah seperti berikut:

1.Ali seorang yang baik tetapi kawannya berperangai buruk.
2.Rakyat perlulah hormat-menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain.
3.Kawasan kediaman itu, tempat tinggal saya.
4.Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti Portugis, Belanda dan Jepun.
5.Manifesto pilihan raya sesebuah parti politik adalah bertujuan untuk memancing undi.
6.Ekonomi negara kini semakin meruncing. Dalam suasana kegawatan ekonomi, rakyat perlu membudayakan amalan berjimat-cermat dan menyedari betapa pentingnya budaya menabung.
7.Semangat mencintai alam sekitar adalah tanggungjawab semua termasuk golongan bangsawan.
Tatabahasa10.09.2018
adakah perkataan gradualisme betul?Istilah gradualisme digunakan di Indonesia dan tidak di Malaysia.  Istilah bahasa Melayu ialah faham beransur-ansurIstilah18.07.2014
maksud kesan pertembungan budayaPertembungan budaya bermaksud pertemuan dan yang dikaitkan dengan peretembungan budaya di sini ialah pertemuan dua budaya yang tidak sama dan apabila dua benda yang tidak sama bertemu dalam suatu keadaan maka perlulah antara kedua-dua pihak bertolak ansur. Untuk mendapatkan maksud yang lebih persis, sila rujuk buku kajian sosial.Makna06.04.2014
123

Kembali ke atas