Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.su.ran] | انسورن

Definisi : wang (bayaran) utk menyelesaikan hutang dll secara beransur-ansur, wang yg diansurkan: radio itu dibelinya dgn ~ RM30.00 sebulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.su.ran] | انسورن

Definisi : bayaran yg dibuat sedikit demi sedikit utk mengurangkan hutang: Cincin berlian itu dibelinya secara ~ RM50/- sebulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ansuran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Insuran atau insurans? Ansuran atau ansurans? Respon atau respons? Saspen atau saspens? Tip atau tips?1. Insurans    2. Ansuran   3. Respons   4. Saspens   5. tipEjaan01.11.2015
Assalamualaikum. Setelah mengadakan perbincangan dengan pakar kewangan dalam kumpulan telegram Lariba, mereka mempersoalkan perkataan 'pinjaman' dan 'pembiayaan'. Dakwa mereka bahawa perkataan pinjaman digunakan untuk perbankan konvensional untuk memberi ansuran terhadap pinjaman. Sementara, pembiayaan digunakan untuk perbankan Islam untuk memberi ansuran pinjaman berasaskan syariah. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai ketepatan istilah ini. Sekian terima kasih.Perkataan "Pinjaman" ialah  padanam daripada  "loan'" yang bermaksud  pinjaman dalam bentuk wang tunai. Pihak institusi kewangan memberi pinjaman  sejumlah wang tunai dan pihak peminjam perlu membayar balik  secara ansuran.  Manakala "pembiayaan"  pula padanannya "financing"  ialah pinjaman bukan  bentuk tunai  tetapi untuk pembelian aset contohnya rumah dan kereta dan peminjam juga akan membayar secara ansuran. Terpulang kepada pihak bank untuk   membezakannya terma "pinjaman" dan "pembiayaan" tersebut untuk kaedah konvensional atau islamik.Istilah07.08.2019
apakah terjemahan "outstanding amount" dalam bahasa malaysia. Outstanding amount yang dimaksudkan adalah merangkumi bayaran/ansuran terdahulu yang mungkir dibayar dan bayaran semasa yang masih belum dibayar. Bagi menceritakan dua keadaan tersebut, adakah terjemahan "outstanding amaun" adalah "amaun tertunggak"?. Terima kasih.Padanan outstanding amount ialah amaun berbaki.Tatabahasa24.05.2012
Apakah benar perkataan serta susunan ayat yang telah saya gunakan dalan karangan ayat dibawah ini? "Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Untuk makluman pihak tuan, sepertimana yang ditunjuk di dalam Borang B bagi T/T 2011, pelanggan kami adalah dikenakan cukai sebanyak RM __________, tetapi setelah ditolak bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB), bayaran ansuran Seksyen 107 B (CP 500) dan bayaran CP 38 berjumlah RM 32,893.89 bagi T/T 2011 pelanggan kami masih mempunyai baki kredit sebanyak RM __________ seperti yang ditunjukkan berikut: - Dengan keterangan dan penyata yang seperti ditunjuk diatas, pelanggan kami berharap supaya pihak tuan dapat mengesah dan memulangkan baki kredit pelanggan kami dengan secepat yang mungkin setelah ditaksirkan. Terima kasih."Apakah benar perkataan serta susunan ayat yang telah saya gunakan dalan karangan ayat dibawah ini? "Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Untuk makluman pihak tuan, sepertimana yang ditunjuk di dalam Borang B bagi T/T 2011, pelanggan kami  dikenakan cukai sebanyak RM__________, tetapi setelah ditolak bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB), bayaran ansuran Seksyen 107 B (CP 500) dan bayaran CP 38 berjumlah RM32,893.89 bagi T/T 2011 pelanggan kami masih mempunyai baki kredit sebanyak RM__________ seperti yang berikut: Dengan keterangan dan penyata yang seperti ditunjukkan di atas, pelanggan kami berharap supaya pihak tuan dapat mengesahkan dan memulangkan baki kredit pelanggan kami dengan secepat yang mungkin setelah selesai ditaksirkan.Tatabahasa07.06.2012
Sila pihak tuan semak ayat-ayat surat ini, sesuai atau tidak? Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut diatas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan yang selanjutnya. Untuk makluman tuan, sepertimana yang ditunjukkan didalam Borang C T/T 2011, syarikat ini adalah dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas campur Penambahan cukai dibawah Sec. 107C(10) syarikat pelanggan kami kena membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Oleh kerana memandangkan keadaan ekonomi yang amat tidak baik, ini mengakibatkan syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaranya dengan sekaligus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikatnya untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara berikut : - Dan bersama-sama surat ini pelanggan kami ingin melampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila pihak tuan akui resit kepada pelanggan kami setelah cek telah laku. Sekian, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan, Terima kasih.Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut di atas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan selanjutnya.
Untuk makluman tuan, sepertimana yang tertera di dalam Borang C T/T 2011, syarikat ini dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas dicampur penambahan cukai di bawah Sek. 107C (10) syarikat pelanggan kami dikehendaki membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Memandangkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaran dengan sekali gus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikat  untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara yang berikut: ... Dan bersama-sama ini kami lampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila keluarkan resit kepada pelanggan kami setelah cek tersebut ditunaikan.
Tatabahasa16.08.2012
mencari maksud dan difinisi untuk perkataan sewa,pajak, dan beli

Sewa:- 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai-menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh digunakan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk menggunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran;

Pajak:- 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) 1 8 cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat menjual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang;

Beli:- = membeli 1. memperoleh barang dgn mem bayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);

Makna21.04.2009

Kembali ke atas