Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.tan] | انتن

Definisi : penumbuk padi, alu; ~ patah lesung hilang prb tertimpa berbagai-bagai kecelakaan (kesusahan); bagai ~ pen­cung­kil duri = canggung spt ~ dicungkilkan duri prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; bertelingkah ~ di lesung, ayam juga yg kenyang prb berselisih antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain yg beruntung; bertelingkah bagai ~ di lesung prb orang yg sama sepekerjaan itu, jikalau bersalahan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.tan] | انتن

Definisi : alat penumbuk padi; alu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antan

Peribahasa

Bertelingkah antan di lesung,
     ayam juga yang kenyang.

Bermaksud :

Dua orang berselisih tentang wang atau harta, orang lain (orang tengah) juga yang mendapat untung. bertelingkah = berselisih.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antan dan lesungantan dan lesungMuzikTiada

Alat muzik traditional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dihentak. Antan, iaitu dua hingga empat batang kayu dihentak secara pantas pada padi di dalam lesung yang berbentuk segi empat bujur. Aktiviti ini akan menghasilkan rentak tertentu yang diulangi secara berturut-turut. Antan dan lesung dimainkan dalam ensembel tumbuk kalang di Negeri Sembilan. Alat muzik ini juga terdapat di Sabah dan di Sarawak.

tumbuk kalangtumbuk kalangMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dihentak. Tumbuk kalang terdiri daripada sebuah lesung emping dan tiga hingga lima batang antan yang berlainan saiz. Lesung dihentak dengan antan-antan yang dipegang oleh beberapa orang pemain. Alat muzik yang menghasilkan rentak terhasil bagi mengiringi lagu vokal dimainkan oleh pesawah di Negeri Sembilan pada musim menuai. KM, tumbuk kalang dimainkan dalam pertunjukan kebudayaan, upacara menyambut tetamu atau meraikan majlis perasmian di kampung.

mulleralu catKesenianTiadaAntan atau batu tumbuk untuk mengisar atau menggiling cat di atas tapak yang keras dan kukuh.
pelembutanpelembutanKesenianTiadaProses menitik atau membantul menggunakan antan kecil untuk melembutkan mengkuang.
tenditendiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Badannya berbentuk lesung yang diperbuat daripada tanah liat. Sekeping kulit digunakan untuk menutup bahagian atas lesung. Kulit tersebut ditegangkan dengan tali tebal dan dua batang antan yang panjang. Kulit tersebut dibasahkan dengan air dan dipukul dengan tapak tangan. Tendi yang terdapat di Afrika Utara biasanya dimainkan oleh kaum perempuan sambil menyanyi. Alat muzik ini menghasilkan rentak untuk mengiringi lagu rakyat dan dimainkan oleh kaum Tuareg di kawasan Padang Pasir Sahara. Tendi juga dikenali sebagai tende.

selumarselumarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Jackiopsis ornata spp. daripada famili Rubiacea. Nama tempatannya di Semenanjung ialah sentulang. Gubal kayu selumar sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 785 hingga 915 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu selumar digunakan untuk pagar, tiang rumah, kayu pendayung, dan antan.

Kembali ke atas