Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ta.ra] | انتارا

Definisi : 1 jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2 di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3 masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4 di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai ijazah tetapi masih menganggur. berantara 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan 1 hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. 2 cara atau jalan yg menjadi penghubung supaya sesuatu dpt dilaksanakan: Ceramah itu disampaikan melalui ~ televisyen. Hadiah hari jadi kawannya dikirim melalui ~ seorang sahabat. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Degar-degar merapati.

Bermaksud :

Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Lihat rosacea. (UBAT) acoelomate (aselomat) Haiwan metazoa yang tidak mempunyai selom sebenar, iaitu haiwan yang ti- dak mempunyai rongga tubuh yang nyata. (BIO) acoustic admittance ratio (nisbah admitans akustik) Nisbah antara admitans akustik bagi satu medium dengan medium yang lain. (FIZ) acoustic amplifier (amplifier akustik) Lihat acoustoelectric amplifier. (FIZ) acoustic board (bod akustik) Bod yang mempunyai ketumpatan rendah dan kadar serapan impedans akustik) Nisbah tekanan bunyi rencam pada permukaan dengan fluks bunyi yang melalui permukaan dan diukur dalam ohm akustik. Banding acoustic resistance. (FIZ) acoustic impedance ratio (nisbah impedans akustik) Nisbah antara impedans akustik cirian bagi satu medium dengan medium lain acne erythematosa acoustic impedance ratio Kamus Sains.indb 10 7/8/08 11:45:14 AM 11 yang nilainya berkadaran dengan

Kembali ke atas