Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ta.ra] | انتارا

Definisi : 1 jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2 di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3 masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4 di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai ijazah tetapi masih menganggur. berantara 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan 1 hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. 2 cara atau jalan yg menjadi penghubung supaya sesuatu dpt dilaksanakan: Ceramah itu disampaikan melalui ~ televisyen. Hadiah hari jadi kawannya dikirim melalui ~ seorang sahabat. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Degar-degar merapati.

Bermaksud :

Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Illinoianusia IllinoisGeologiTiadaBerkaitan dengan tahap glasier ketiga klasik pada Epok Pleistosen di Amerika Utara, di antara tahap antara glasier usia Yarmouth dan tahap antara glasier usia Sangamon.
mortar structurestruktur mortarGeologiTiadaStruktur mekanikal yang butiran-butiran kecilnya yang terbentuk oleh penggranulan, menempati ruang antara di antara butiran-butiran yang lebih besar.
intersystem communicationkomunikasi antara sistem/perhubungan antara sistemKomputerTiadaTiada
interridge distancejarak antara batasPerubatanTiadaJarak tegak antara arkus mandibel dan maksila di satu-satu posisi yang ditetapkan. Sinonim: jarak antara arkus.
interarch distancejarak antara arkusPerubatanTiadaJarak tegak di antara arkus mandibel dan maksila pada satu posisi yang ditetapkan. Sinonim: jarak antara batas.
intercuspal prematuritykepramatangan antara kuspaPerubatanTiadaSentuhan pramatur yang mengganggu penutupan pada kedudukan antara kuspa. Sinonim: sentuhan pramatur antara kuspa.
intertidalantara perbaniGeologiTiada1. Berhubung dengan persekitaran lautan bentos atau zon kedalaman di antara air tinggi dan air rendah; juga berhubung dengan organisma dari persekitaran tersebut.,2. Berhubung dengan zon kedalaman di antara pesisir dan kedalaman kira-kira 200 meter.
boundary wavegelombang sempadanGeologiTiadaGelombang seismik yang merambat di sepanjang permukaan bebas atau antara muka di antara lapisan.
midnight sunmatahari tengah malamGeografiTiadaFenomena yang berlaku di antara bulan Mei dan Julai di hemisfera U dan di antara November dan Januari di hemisfera S, apabila matahari kekal di atas horizon bila dilihat di antara garis, latitud 632o - 90o U dan S daripada Khatulistiwa. Kawasan utara Skandinavia biasa dikenali sebagai kawasan Matahari Tengah Malam.
Coulomb's lawhukum CoulombGeologiTiadaHukum yang menyatakan bahawa penarikan dan penolakan antara dua cas yang bertindak di sepanjang garis di antara kedua-duanya, berkadar terus dengan kuasa dua jarak di antara kedua-duanya.
12345678910...

Kembali ke atas