Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Komp) bahagian (peranti, sambungan, dll) yg menjadi sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti, sistem, dll yg berlainan utk mem­boleh­kan pertukaran maklumat dilakukan; ~ analog sambungan pd komputer yg boleh menerima peranti analog; ~ bas litar atau peranti yg berfungsi memadankan atau menyam­bungkan alat lain pd sistem bas; ~ bersiri antara muka yg membolehkan mak­lumat dihantar satu per satu melalui saluran tunggal; ~ Centronics antara muka piawai utk menyambungkan komputer dgn pencetak selari; ~ digital sambungan yg membolehkan komputer menerima peranti digital; ~ peng­guna penentuan dan peraturan komputer yg membolehkan pengguna mudah berinteraksi dgn komputer; pengantaramukaan proses menghu­bung­kan dua atau lebih alat, peranti, dll yg berlainan supaya dapat saling berhubung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist 1 bahagian yg menjadi sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti, dll yg berlainan utk membolehkan pertukaran maklumat dilakukan. 2 perisian yg memudahkan komunikasi antara dua sistem. ~ pengguna grafik antara muka yg menggunakan ciri-ciri grafik utk menjadikan sesuatu komputer itu lebih mesra pengguna. pengantaramukaan proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dll yg berlainan supaya dpt saling berhubung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ATAPI (attachment packet interface)ATAPI (antara muka paket lampiran)Teknologi MaklumatTiadaAntara muka yang digunakan oleh pemacu CD-ROM dan peranti lain. Satu antara muka alternatif kepada antara muka IDE dan SCSI.
mail application programming interface (MAPI)antara muka pengaturcaraan aplikasi mel (MAPI)Teknologi MaklumatTiadaAntara muka pengaturcaraan yang membolehkan aplikasi menghantar dan menerima mel melalui sistem pemesejan mel Microsoft. Antara muka ini merupakan sebahagian daripada seni bina perkhidmatan membuka Windows (WOSA) dan merupakan sebahagian daripada semua sistem pengendalian Windows. Antara muka ini merupakan satu set fungsi API dan sebagai antara muka OLE yang membenarkan pemesejan pelanggan berinteraksi dengan beberapa perkhidmatan mesej. Lihat juga antara muka atur cara aplikasi (API).
VIM (vendor independent messaging interface)VIM (antara muka pemesejan bebas vendor)Teknologi MaklumatTiadaAntara muka pengaturcaraan yang dibangunkan oleh Lotus, Novell, IBM, Apple, Borland, MCI, WordPerfect, dan Oracle. Antara muka ini membolehkan aplikasi menghantar dan menerima mel melalui sistem pemesejan pematuhan VIM (seperti cc;Mail), dengan cara pengatur cara menulis kepada antara muka VIM.
neuro-electronic interfaceantara muka neuroelektronikFizikNanoteknologiAntara muka yang menggunakan peranti nano untuk membenarkan komputer dihubungkan dengan sistem saraf. Antara muka ini memerlukan pembinaan struktur molekul bagi membolehkan kawalan dan pengesanan denyutan saraf oleh komputer. Struktur molekul ini mestilah terdiri daripada molekul konduksi yang membenarkan pengaliran arus elektrik dihasilkan daripada pergerakan ion pada sistem saraf tersebut.
graphical user interface (GUI)antara muka grafik pengguna (GUI)Teknologi MaklumatTiadaAntara muka sesuatu perisian atau aplikasi dalam bentuk ikon, menu atau visual yang perlu diaktifkan dengan menggunakan peranti penuding (contoh tetikus) bagi menjalankan perisian atau aplikasi tersebut. GUI berlawanan dengan antara muka berasaskan aksara yang memerlukan pengguna menaip aksara yang membentuk arahan seperti MS-DOS atau UNIX. Sinonim antara muka visual, GUI.
graphical user interface (GUI)antara muka pengguna grafik (GUI)Teknologi MaklumatPerisianJenis antara muka pengguna yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan komputer atau peranti yang dikawal oleh komputer. Antara muka biasanya diwakili oleh ikon grafik, penanda visual atau widget.
NIU (network interface unit)NIU (unit antara muka rangkaian)Teknologi MaklumatTiadaKad antara muka rangkaian atau unit capaian multistesen yang disambung kepada LAN. NIU melaksanakan protokol LAN dan membekalkan antara muka untuk sambungan peranti.
graphical user interface (GUI)antara muka grafik pengguna (GUI)Teknologi MaklumatTiadaIstilah generik yang merujuk antara muka sesuatu perisian atau aplikasi dalam bentuk ikon, menu atau visual yang perlu diaktifkan dengan menggunakan peranti penuding (contoh tetikus) bagi menjalankan perisian atau aplikasi tersebut. GUI berlawanan dengan antara muka berasas aksara yang memerlukan pengguna menaip aksara yang membentuk arahan seperti MS-DOS atau UNIX. Sinonim antara muka visual.
application programming interface (API)antara muka atur cara aplikasi (API)Teknologi MaklumatPerisianAntara muka kod sumber bagi sistem pengendali atau rutin perpustakaan yang menyediakan permintaan untuk perkhidmatan yang dibuat oleh atur cara komputer. Antara muka ini ditakrifkan sebagai atur cara aplikasi yang membenarkan capaian kepada kefungsian atur cara. Hal ini bererti kefungsian atur cara bukan sahaja boleh dicapai melalui atur cara pengguna malah boleh dipanggil secara terus oleh atur cara yang lain.
advanced technology attachment packet interface (ATAPI)antara muka paket lampiran teknologi lanjutan (ATAPI)Teknologi MaklumatTiadaSejenis antara muka piawai yang menghubungkan pemacu pita atau CD-ROM dengan komputer. Antara muka ini membolehkan persisian bukan berasas cakera dihubungkan dengan komputer tanpa perlu menambah kad kawalan tambahan lain.
12345678910...

Kembali ke atas