Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ta.ra.bang.sa] | انتارابڠسا

Definisi : 1. antara atau di kalangan negara-negara, melibatkan dua atau lebih negara: meng-galakkan persefahaman ~; perhubungan ~; perdagangan ~; 2. bkn atau berkaitan dgn dua atau lebih negara atau warga­negaranya: maha-siswa kita cenderung terhadap perkara-perkara ~; 3. ditubuhkan oleh dan dikawal atau digubal utk beberapa negara: mahkamah ~; undang-undang ~; 4. dimiliki atau dikaitkan dgn pertubuhan dsb yg mempunyai ahli-ahli dlm dua atau lebih negara: pertubuhan ~; pergerakan ~; 5. boleh digunakan oleh semua negara: perairan ~; 6. diterima oleh beberapa negara besar sbg tinggi tarafnya: hotel ber-taraf ~; mengantarabangsakan menjadikan se­suatu (hak, isu, dsb) bersifat antarabangsa: ada pihak-pihak tertentu yg cuba ~ per­golakan politik negara itu; keantarabangsaan keadaan sesuatu yg bersifat antarabangsa: sikap ~ pucuk pimpin­an Malaysia telah menarik minat seluruh dunia; pengantarabangsaan perbuatan (proses) mengantarabangsakan: wujudnya peluang ekonomi yg semakin banyak akibat pemba­n­gunan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ta.ra.bang.sa] | انتارابڠسا

Definisi : bkn dgn beberapa atau banyak bangsa atau negara di dunia: perdagangan ~; undang-undang ~; peringkat ~. mengantarabangsakan menjadikan atau meletakkan sesuatu (digunakan atau diterima) di peringkat antarabangsa: Usaha utk ~ bahasa Melayu giat dijalankan. keantarabangsaan hal atau sifat antarabangsa: Sikap ~ pemimpin itu memudahkan hubungan antara kedua-dua negara. pengantarabangsaan perihal atau usaha mengantarabangsakan: ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antarabangsa


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Persidangan antarabangsa ke 5 Islam AntarabangsaDewan Bahasa dan PustakaTiada1980 
Seminar Antarabangsa Karya Wanita Asia TenggaraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2004 
Seminar Antarabangsa Kesusteraan Asia Tenggara XIIDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2016 
Seminar Antarabangsa Kosmologi MelayuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1994 
Seminar Antarabangsa: Hang Tuah Sebutir Lazuardi di Persada Tamadun Bangsa 28 February 20122012 
Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia TenggaraCenderamata Dewan Bahasa PustakaTiada2001 
Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Bil. 1 jilid 7; 2014 - Bil. 2 jilid 7; 2014Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014 
Seminar Antarabangsa Komsologi MelayuDewan Bahasa dan PustakaTiada1994 
Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Alaf Baru 2000Dewan Bahasa dan PustakaTiada2000 
Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara XII 2016Dewan Bahasa dan PustakaTiada2016 
12345678910...

Kembali ke atas