Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ta.ra.bang.sa] | انتارابڠسا

Definisi : 1. antara atau di kalangan negara-negara, melibatkan dua atau lebih negara: meng-galakkan persefahaman ~; perhubungan ~; perdagangan ~; 2. bkn atau berkaitan dgn dua atau lebih negara atau warga­negaranya: maha-siswa kita cenderung terhadap perkara-perkara ~; 3. ditubuhkan oleh dan dikawal atau digubal utk beberapa negara: mahkamah ~; undang-undang ~; 4. dimiliki atau dikaitkan dgn pertubuhan dsb yg mempunyai ahli-ahli dlm dua atau lebih negara: pertubuhan ~; pergerakan ~; 5. boleh digunakan oleh semua negara: perairan ~; 6. diterima oleh beberapa negara besar sbg tinggi tarafnya: hotel ber-taraf ~; mengantarabangsakan menjadikan se­suatu (hak, isu, dsb) bersifat antarabangsa: ada pihak-pihak tertentu yg cuba ~ per­golakan politik negara itu; keantarabangsaan keadaan sesuatu yg bersifat antarabangsa: sikap ~ pucuk pimpin­an Malaysia telah menarik minat seluruh dunia; pengantarabangsaan perbuatan (proses) mengantarabangsakan: wujudnya peluang ekonomi yg semakin banyak akibat pemba­n­gunan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ta.ra.bang.sa] | انتارابڠسا

Definisi : bkn dgn beberapa atau banyak bangsa atau negara di dunia: perdagangan ~; undang-undang ~; peringkat ~. mengantarabangsakan menjadikan atau meletakkan sesuatu (digunakan atau diterima) di peringkat antarabangsa: Usaha utk ~ bahasa Melayu giat dijalankan. keantarabangsaan hal atau sifat antarabangsa: Sikap ~ pemimpin itu memudahkan hubungan antara kedua-dua negara. pengantarabangsaan perihal atau usaha mengantarabangsakan: ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antarabangsa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
international relationshubungan antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaInteraksi antara negara dalam sistem antarabangsa, iaitu hubungan yang berlaku melangkaui sempadan negara. Penekanan diberikan terhadap hubungan antara negara walaupun terdapat juga aktor lain seperti pertubuhan antarabangsa, perbadanan multinasional dan kumpulan berkepentingan transnasional yang memainkan peranan yang penting dalam sistem antarabangsa. Hubungan antarabangsa sebagai satu disiplin ilmu pula ialah pengajian tentang interaksi antara negara dan dalam kalangan negara atau sistem antarabangsa secara keseluruhannya. Disiplin ini dianggap sebagai bidang multidisiplin kerana melihat kepada aspek antarabangsa dalam politik, ekonomi, sejarah, undang-undang dan sosiologi. Selain teori hubungan antarabangsa, subbidang lain dalam disiplin ini ialah ekonomi politik antarabangsa, organisasi antarabangsa, dasar luar, pengajian strategik dan penyelidikan keamanan
International Telecommunication Union (ITU)Kesatuan Telekomunikasi AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaAgensi khusus PBB yang beribu pejabat di Geneva. Kesatuan ini ditubuhkan pada tahun 1934 hasil penyatuan Kesatuan kemerdekaan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa Telegraf Antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1865 dan Kesatuan Radiotelegraf Antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1906. Kesatuan ini mempunyai 189 buah negara anggota. Matlamatnya adalah untuk memperbaik semua bentuk telekomunikasi antarabangsa dengan cara memperuntukkan frekuensi radio, menggalakkan kadar telekomunikasi yang rendah dan memperbaik komunikasi dalam operasi menyelamat. Kesatuan ini juga mengadakan persidangan berkaitan peraturan telekomunikasi di angkasa sebagai salah satu agenda bagi mencapai matlamatnya. Sinonim ITU.
jus cogensjus cogensUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNorma undang-undang antarabangsa yang mesti dipatuhi oleh keseluruhan masyarakat antarabangsa tanpa sebarang penjejasan. Jus cogens terbentuk daripada undang-undang adat antarabangsa yang merupakan salah satu sumber undang-undang antarabangsa. Dari segi hierarki sumber undang-undang antarabangsa, jus cogens berada di tempat teratas. Sekiranya jus cogens bercanggah dengan sumber undang-undang antarabangsa yang lain, maka jus cogens yang akan terpakai. Malah, sebuah triti yang melanggar jus cogens akan menjadi tidak sah. Contohnya, jika sebuah triti antara dua negara yang bertikai tentang hak milik sebuah pulau memperuntukkan bahawa pihak yang menang antara mereka dalam peperangan akan memperoleh hak milik terhadap pulau tersebut, maka triti itu dianggap tidak sah kerana bertentangan dengan norma larangan penggunaan kekerasan. Selain daripada larangan penggunaan kekerasan, contoh lain jus cogens ialah pengharaman perhambaan dan pengharaman genosid. Sinonim norma muktamad.
ambassadorduta besarSains PolitikHubungan AntarabangsaPerwakilan diplomatik tertinggi sesebuah negara dengan negara lain dalam hubungan antarabangsa. Peraturan antarabangsa mengenai duta ini telah dimeterai dalam kongres Vienna pada 19 Mac 1815 antara ketua negara Eropah. Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik kemudiannya ditandatangani pada 18 April 1961 yang mengukuhkan lagi kedudukan duta besar sebagai perwakilan negara asing yang tertinggi. Seseorang duta besar diterima oleh ketua negara dengan menyerahkan surat watikah lantikan dalam satu upacara rasmi negara. Perwakilan tersebut menjadi pihak penghubung antara negara mereka dengan negara tuan rumah dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial. Perwakilan mempunyai hak imuniti di negara tuan rumah.
international systemsistem antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaSistem yang merangkumi satu kumpulan entiti politik yang berinteraksi antara satu sama lain menurut peraturan dan norma tertentu. Interaksi ini dipengaruhi oleh struktur dan pengagihan kuasa entiti politik yang terlibat. Dalam sesebuah sistem antarabangsa, tindakan yang dilakukan oleh sesuatu entiti memberi kesan terhadap entiti lain dalam sistem tersebut. Tahap kesan akibat tindakan sesuatu entiti adalah berlainan. Semakin kuat kuasa entiti itu, semakin jelas impak tindakannya terhadap entiti lain. Dalam sistem antarabangsa moden, entiti politiknya merupakan negara moden, manakala dalam sistem antarabangsa yang wujud sebelum sistem antarabangsa moden, entiti politiknya terdiri daripada kampung, negara kota dan empayar. Sistem yang pernah wujud sebelum sistem antarabangsa moden biasanya terbatas kepada kawasan tertentu sahaja dan tiada interaksi yang ketara berlaku antara entiti daripada sistem yang berlainan. Antara sistem antarabangsa yang muncul sebelum sistem antarabangsa moden ialah sistem antarabangsa Yunani Purba yang wujud di Semenanjung Yunani dan sistem antarabangsa Eropah zaman dahulu yang meliputi entiti Eropah sahaja.
natural personorang sebenarUndang-undangUndang-undang AntarabangsaManusia, iaitu yang meliputi individu atau kumpulan individu yang mempunyai hak dan kewajipan dalam sesuatu sistem undang-undang. Contohnya, dalam undang-undang nasional, seseorang individu mempunyai hak untuk hidup dan kewajipan untuk mematuhi undang-undang. Sekiranya individu itu dicederakan oleh orang lain, individu tersebut boleh membuat tuntutan saman di mahkamah. Orang sebenar dalam masa yang sama boleh berfungsi sebagai orang perundangan dalam sistem undang-undang nasional, tetapi tidak dalam sistem undang-undang antarabangsa. Hal ini bermakna, orang sebenar bukan merupakan orang perundangan antarabangsa dan juga bukan merupakan subjek undang-undang antarabangsa. Hal ini disebabkan oleh orang sebenar tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau membuat triti antarabangsa dengan mana-mana negara. Hanya negara sahaja yang boleh membuat tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan membuat triti antarabangsa. Selain itu, pertubuhan antarabangsa juga boleh membuat tuntutan di tribunal antarabangsa dan membuat triti antarabangsa. Walau bagaimanapun, dalam undang-undang jenayah antarabangsa, orang sebenar yang terlibat melakukan jenayah antarabangsa seperti jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan atau genosid boleh didakwa di mana-mana negara (bukan sahaja di negara tempat dia melakukan jenayah itu) dan juga di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Dalam undang-undang ekonomi antarabangsa, orang sebenar boleh menyaman negara atau kerajaan di tribunal timbang tara antarabangsa jika terdapat triti yang membenarkan negara untuk disaman kerana melanggar hak orang sebenar seperti hak ke atas harta. Hal ini berlaku selepas Revolusi Iran pada tahun 1979 apabila orang sebenar dalam kalangan warga Amerika Syarikat yang mempunyai kepentingan ekonomi di Iran sebelum Revolusi tersebut, menerima kemudaratan akibat tindakan negara Iran. Tribunal Tuntutan Iran-Amerika Syarikat ditubuhkan dengan persetujuan kedua-dua negara pada tahun 1981 bagi memberikan bidang kuasa kepada tribunal tersebut untuk menyelesaikan tuntutan orang sebenar terhadap Iran.
League of NationsLiga Bangsa-BangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1920 selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, bertujuan untuk mencapai keamanan dan keselamatan antarabangsa bagi menghindari terjadinya peperangan. Liga Bangsa-Bangsa ialah pertubuhan antarabangsa yang mula-mula sekali ditubuhkan. Ia diasaskan atas konsep keselamatan bersama. Liga Bangsa-Bangsa telah dibubarkan pada tahun 1946 selepas gagal menghalang Perang Dunia Kedua daripada meletus dan digantikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
international legal orderaturan undang-undang antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSistem yang memperuntukkan peraturan perundangan bagi mengawal selia segala hubungan antara subjek undangundang antarabangsa, terutamanya negara. Aturan undangundang antarabangsa mencakupi segenap bidang hubungan antarabangsa seperti politik, keselamatan, ekonomi dan perdagangan, alam sekitar dan hak asasi manusia.
international businessperniagaan antarabangsaPentadbiranPentadbiran Awam

Perdagangan yang wujud di peringkat antarabangsa antara negara-negara, pertubuhan antarabangsa, perbadanan multinasional, mahupun NGO transnasional. Urusan perniagaan ini melibatkan pasaran yang luas, pelaburan luar negara, penentuan dasar sesebuah kerajaan, undang-undang antarabangsa, pertukaran matawang, keselamatan perdagangan dan taraf hidup manusia. Perniagaan antarabangsa ini menjadi intisari penting dalam arus globalisasi dunia masa kini. Contohnya Petroleum Nasional (PETRONAS), merupakan sebuah badan yang menjalankan perniagaan antarabangsa.

international subsystemsubsistem antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaSebahagian daripada sistem antarabangsa. Dalam konteks serantau, subsistem antarabangsa terdiri daripada sistem yang terdapat di rantau geografi seperti Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Eropah Barat. Subsistem merangkumi semua interaksi seperti ekonomi, politik, sosial dan keselamatan dalam sesuatu rantau tersebut. Daripada segi ideologi, subsistem berasaskan kepada pegangan ideologi tertentu seperti komunisme, demokrasi, liberalisme dan sosialisme.
12345678910...

Kembali ke atas