Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antaranya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Sya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1. Adakah "antaranya" bermaksud "contohnya"? Sekiranya bukan, apakah maksud sebenar "antaranya"? 2. Adakah penggunaan "antaranya" berikut betul? Terdapat beberapa cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya ialah kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. 3. Adakah bunyi sebutan perkataan "khasiat", "khidmat", "khas", "khalayak" bermula dengan bunyi "k" atau bunyi "h"? 4. bunyi sebutan huruf "g" dalm perkataan "teknologi", "generasi", "tragedi" bermula dengan bunyi "g" atau "j"? Terima kasih.1. Antaranya dalam Kamus Dewan Perdana merupakan kata hubung yang membawa maksud salah satu daripada. Ayat yang betul ialah Terdapat beberapa cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat antaranya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

2. Untuk menyemak aspek fonologi (bunyi) bagi perkataan, saudara boleh merujuk halaman prakata dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau prpm.dbp.gov.my, contohnya perkataan khalayak dan teknologi disebut berdasarkan bunyi yang berikut: [kha.la.ya/] dan [ték.no.lo.gi].
Tatabahasa08.12.2023
1.penggunaan antaranya termasuklah 2. 'antaranya termasuk lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainya.' ayat ini betul atau salah?^^Ayat yang betul ialah antaranya termasuklah ialah lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainyaTatabahasa02.06.2016
Kedai itu menjual pelbagai barang. Antaranya alat-alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain. Soalannya, bolehkah ialah digugurkan selepas antaranya?Kata pemeri "ialah" tidak boleh digugurkan selepas antaranya. Ayat yang betul ialah: Antaranya ialah alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain.Tatabahasa09.05.2012
Mana ayat yang betul? antaranya yang berkaitan bidang kuasa negeri ATAU antaranya berkaitan bidang kuasa negeri ...penggunaan perkataan "yang". mohon penjelasan terima kasihJawapan yang betul ialah "... antaranya yang berkaitan dengan bidang kuasa negeri ..."Lain-lain22.05.2022
Salam sejahtera Mohon jelaskan: Adakah penggunaan "antaranya" berikut betul? Terdapat beberapa cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya ialah kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Terima kasih.Antaranya dalam Kamus Dewan Perdana merupakan kata hubung yang membawa maksud salah satu daripada. Ayat yang betul ialah Terdapat beberapa cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat antaranya ialah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Tatabahasa01.12.2023
Cikgu saya kata, kita tidak boleh memulakan ayat dengan "Antaranya termasuklah". Contoh ayat: Terdapat banyak cara untuk menjaga kebersihan. Antaranya termasuklah mandi dua kali setiap hari dengan menggunakan sabun. Bolehkah pihak tuan mengesahkan perkara ini - penggunaan "Antaranya termasuklah..."? Terima kasih.Perkataan "antara" berfungsi sebagai kata hubung dan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaan "antara" dalam ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah Terdapat banyak cara untuk menjaga kebersihan antaranya mandi dua kali setiap hari dengan menggunakan sabun.Tatabahasa05.08.2020
Adakah ayat . Antaranya kita dapat menambah ilmu pengetahuan. Antaranya kita betul atau salah.

Perkataan "antara" berfungsi sebagai kata hubung dan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Manakala, perkataan “-nya” dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata untuk menguatkan maksud. Ini bermakna, penggunaan “antaranya” di hadapan ayat tidak boleh digunakan, kecuali perkataan tersebut digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu ayat. Contoh: Terdapat banyak cara untuk menjaga kebersihan, antaranya mandi dua kali setiap hari dengan menggunakan sabun.

Tatabahasa09.11.2020
Yang manakah paling tepat: 1. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya adalah dengan membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa. 2. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa. 3. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa.Cadangan penggunaan yang gramatis ialah "Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa."

Tatabahasa03.07.2023
definisi amanah asas kejayaanMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat amanah antaranya bermaksud 1. sesuatu yang dipercayakan kepada sesorang 2. kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Asas antaranya bermaksud alas, dasar, tapak, sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Kejayaan antaranya bermaksud perihal berjaya,kemenangan,hasil. Oleh yang demikian  ungkapan amanah asas kejayaan bermaksud sesuatu kejayaan dicapai apabila sifat amanah dijdikan asas untuk mencapai kejayaan tersebut.  Makna07.03.2008
Selamat petang. Antaranya termasuklah Dialog Terpilih Mengenai Seni (Selected Dialogues on Arts) oleh Plato dan Laocoon oleh Gotthold Ephraim Lessing. Dalam teks terjemahan dari bahasa Cina ke bahasa Melayu, adakah nama buku bahasa Inggeris harus disertakan sekali? Terima kasih.

DBP seperti penerbit lain mempunyai gaya penerbitan tersendiri. Gaya penerbitan DBP adalah mengikut Gaya Dewan.  Cara menulis rujukan berdasarkan Gaya Dewan adalah mengikut Kaedah Penulis-Tarikh seperti yang berikut:

(a) Nama penulis, editor atau penyusun diikuti tanda koma.

(b) Tahun terbit diikuti dengan tanda noktah.

(c) Judul ditulis dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

(d) Tempat terbit diikuti dengan tanda titik bertindih.

(e) Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah.

Contoh:

 Farid M. Onn, 1980. Aspects of Malay Phonology and Morphology. A Generative Approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saudara boleh merujuk Gaya Dewan terbitan DBP.

Lain-lain29.07.2021
12345678910...

Kembali ke atas