Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antartik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BULATAN ANTARTIK

Bulatan Antartik ialah garisan bayangan yang

membentuk sempadan utara Antartik. Titik pada

Bulatan Antartik terletak pada garisan lintang

selatan 66°30’ selatan, lebih kurang 2620 kilometer

dari geografi kutub selatan.

UMUM 
LAUTAN ANTARTIK UMUM 
ANTARTIK

Antartik lihat Antartika.

UMUM 
BYRD, RICHARD EVELYN

Byrd, Richard Evelyn (1888–1957) ialah

laksamana muda, penjelajah Antartik dan Artik,

juruterbang, dan ahli pelayaran Amerika. Dari

tahun 1928 hingga tahun 1957, dia melakukan

usaha yang lebih daripada orang lain untuk

mengarahkan penjelajahan benua Antartika yang

beku dan suram.

UMUM 
ROSS, SIR JAMES CLARK

Ross, Sir James Clark (1800–1862) ialah

penjelajah kutub British. Dia mengetuai ekspedisi

ke Antartik dengan kapal Erebus dan Terror dari

tahun 1839 hingga tahun 1843 dan menjumpai

Pentas Ais Ross, Victoria Land, dan Gunung Erebus

iaitu gunung berapi yang masih aktif. Dia sampai

ke latitud selatan 78 ° 10, tempat yang paling selatan

yang belum pernah diteroka oleh sesiapa pun

sehingga tahun 1900.

UMUM 
PERPUSTAKAAN MITCHELL

Perpustakaan Mitchell, di Sydney, New

South Wales , mengandungi koleksi penyelidikan

berjumlah lebih 200 000 buah buku bercetak dan

beberapa ribu manuskrip, peta, lukisan, cetakan,

dan gambar tentang Australia. Koleksi ini juga

meliputi koleksi kawasan Pasifik dari Indonesia

hingga ke Hawaii, dan dari Filipina hingga ke

Antartik.

UMUM 
PULAU MACQUIRE

Pulau Macquire terletak di bahagian selatan

Lautan Pasifik, kira-kira 1500 kilometer di tenggara

Tasmania. Pulau ini berukuran 34 kilometer

panjang dan hanya tiga kilometer lebar. Ia

mempunyai penara yang meninggi secara

mendadak sehingga 300 meter dari aras laut. Pada

tahun 1911, penjelajah kutub, Doughlas Mawsan

telah membina sebuah stesen Radio di pulau ini

untuk ekspedisi Antartiknya. Ekspedisi

Penyelidikan Antartik Nasional Australia (The

Australian National Antarctic Research Expedition

(ANARE) mengekalkan stesen yang telah dibina di

kawasan tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas