Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : daerah Kutub Selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antartika


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANTARTIKA

Antartika ialah benua yang ditimbusi oleh ais

yang merangkumi dan mengelilingi Kutub Selatan.

Kawasan bumi yang hampir kontang ini paling

sejuk dan diliputi ais yang paling tebal di dunia.

Kawasan ini lebih sejuk sedikit daripada kawasan

di sekitar Kutub Utara. Kutub Utara terletak di

Lautan Artik. Tetapi Kutub Selatan terletak di

tengah-tengah benua Antartika, di atas penara yang

sentiasa berangin yang kekal dilitup ais dan salji.

UMUM 
ENDERBY LAND

Enderby Land ialah kawasan yang terletak di

pinggir Antartika. Daerah ini meliputi kawasan

dari Teluk Ice hingga ke Teluk Edward VIII. Untuk

lokasi, lihat Antartika (peta).

UMUM 
ANTARTIK

Antartik lihat Antartika.

UMUM 
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE

Oates, Lawrence Edward Grace (1880–1912)

ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi

British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten

Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu

pada tahun 1910 dan pada tahun 1912

menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang

sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang,

dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran

untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli

lain. Dengan semangat kepahlawanan yang

sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga

menemui maut dalam ribut salji. Semasa

meninggalkan khemahnya, dia berkata, “Saya mahu

keluar; mungkin agak lama.”

Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan

tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir,

dan India.

UMUM 
MAWSON, SIR DOUGLAS

Mawson, Sir Douglas (1882–1958), ahli

geologi Australia dan penjelajah Antartika.

Gambarnya terpampang pada wang kertas 100

dolar Australia.

UMUM 
KUTUB SELATAN

Kutub Selatan ialah istilah yang digunakan

untuk beberapa titik permukaan tidak kelihatan di

kawasan Antartika. Yang paling terkenal ialah kutub

geografi selatan. Tetapi Kutub Selatan penting yang

lain termasuk kutub selatan seketika, kutub selatan

imbangan, kutub selatan magnet, dan kutub selatan

geomagnet.

UMUM 
PUYUH

Puyuh ialah sejenis burung kecil yang serumpun

dengan famili kuang bayas, ayam hutan, grouse,

ayam belanda, dan ayam mutiara. Burung ini hidup

di padang rumput, belukar dan kawasan paya di

setiap benua, kecuali Antartika. Terdapat sebanyak

45 spesies burung puyuh. Burung ini selalunya

diburu untuk dimakan.

UMUM 
SHACKLETON, SIR ERNEST HENRY

Shackleton, Sir Ernest Henry (1874–1922),

penjelajah Ireland yang mengetuai satu ekspedisi

British dari Laut Ross dalam kawasan 180

kilometer ke kutub geografi selatan pada tahun

1908 (lihat Antartika [Penjelajahan awal]). Pada

tahun 1914, dia mengetuai satu ekspedisi ke Laut

Weddell. Di sana kapalnya, Endurance , karam

setelah terlanggar ketulan ais. Kumpulannya

menyelamatkan diri dengan menaiki bot ke Pulau

Elephant. Kemudian Shackleton dan empat

temannya meneruskan perjalanan ke Pulau

Georgia Selatan menggunakan bot dan

menyeberangi rabung pergunungan pulau itu

untuk mendapatkan bantuan penyelamat.

Hasilnya, seluruh pasukannya berjaya

diselamatkan. Shackleton lahir di Kaunti Kildare.

UMUM 
BYRD, RICHARD EVELYN

Byrd, Richard Evelyn (1888–1957) ialah

laksamana muda, penjelajah Antartik dan Artik,

juruterbang, dan ahli pelayaran Amerika. Dari

tahun 1928 hingga tahun 1957, dia melakukan

usaha yang lebih daripada orang lain untuk

mengarahkan penjelajahan benua Antartika yang

beku dan suram.

UMUM 
PUCUNG

Pucung ialah mana-mana satu daripada 60

spesies burung randuk, yang termasuk burung

helang dan bittern. Pucung adalah burung yang

cantik, paruhnya panjang dan runcing. Burung ini

mempunyai kepala yang tirus, leher yang panjang,

dan kaki yang panjang. Sesetengah burung pucung

mempunyai jambul yang panjang dan berbulu

pada leher dan badannya. Burung pucung tinggal

di semua benua kecuali Antartika..

UMUM 
12

Kembali ke atas