Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.té.na] | انتينا

Definisi : (anténa) alat utk memancarkan atau menangkap gelombang radio, aerial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.té.na] | انتينا

Definisi : /anténa/ 1 bahagian drpd sistem radio (televisyen dsb) yg dpt menangkap atau memancarkan gelombang radio dsb; aerial. 2 ist alat deria yg bersendi yg terdapat pd kepala serangga dll; sesungut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antena


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AERIAL

Aerial atau disebut juga antena, ialah suatu alat

yang memancar dan menerima isyarat radio,

televisyen dan radar. Isyarat ini dibawa oleh

gelombang elektromagnet (lihat Gelombang

elektromagnet ). Gelombang elektromagnet beredar

menerusi angkasa pada kelajuan cahaya.

Gelombang elektromagnet mempunyai jarak

gelombang berbeza-beza, yang ada kaitan terus

dengan frekuensinya (kadar getaran). Stesen radio,

televisyen, dan radar memancar pada panjang

gelombang yang berlainan dan tidak akan

menyebabkan gangguan isyarat antara satu sama

lain. Terdapat dua jenis pancaran bunyi menerusi

stesen radio, iaitu, modulasi amplitud (AM), dan

modulasi frekuensi (FM). Secara amnya, stesen AM

menggunakan panjang gelombang dalam jarak 10

meter hingga 2000 meter, sementara stesen FM dan

televisyen menggunakan jarak gelombang tiga

meter dan kurang. Isyarat radar menggunakan

panjang jarak gelombang yang hanya beberapa

sentimeter panjang.

UMUM 
RIANG-RIANG

Riang-riang ialah serangga berwarna gelap,

berbadan berat. Ia mempunyai empat sayap yang

nipis, yang pada badannya boleh dilipat seperti

bumbung. Kepala riang-riang adalah lebar dengan

sesungut yang pendek, bak bulu kejur yang

dinamakan antena .

UMUM 
THEREMIN

Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang

serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik

dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi

di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini

menghasilkan muzik dengan menggerakkan

tangan kanannya di udara di hadapan antena yang

terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain

mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis

dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran

logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains

Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat

pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920.

Theremin adalah semata-mata satu keanehan

muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo.

Penggubah muzik untuk theremin termasuk

Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse.

UMUM 

Kembali ke atas