Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.té.na] | انتينا

Definisi : (anténa) alat utk memancarkan atau menangkap gelombang radio, aerial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.té.na] | انتينا

Definisi : /anténa/ 1 bahagian drpd sistem radio (televisyen dsb) yg dpt menangkap atau memancarkan gelombang radio dsb; aerial. 2 ist alat deria yg bersendi yg terdapat pd kepala serangga dll; sesungut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antena


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dipole antennaantena dwikutubGeografiTiadaAntena yang pola sinarannya maksimum apabila sinaran itu bersudut tepat dengan antena. Panjang antena ini hampir setengah panjang gelombang dan terbahagi dua pada pusat elektriknya.
dipole antennaantena dwikutubFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanAntena yang pola sinarnya maksimum apabila sinaran itu bersudut tepat dengan antena. Panjang antena ini hampir setengah panjang gelombang dan terbahagi dua pusat elektriknya.
antenna gaingandaan antenaFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanUkuran keberkesanan antena berarah berbanding dengan antena tak berarah piawai. bd. Gandaan.
equationpersamaan radarFizikAkustikUngkapan matermatik yang menghubungkan kuasa pancaran, kuasa penerimaan dan gandaan antena sistem antena primer luas gema dan jarak sasaran radar.
antennaantenaFizikNanoteknologiSistem dawai atau konduktor yang menghantar atau menerima isyarat gelombang elektromagnet, contohnya gelombang radio dan gelombang mikro. Dalam antena penghantaran, isyarat dari litar elektronik menyebabkan elektron dalam antena berayun menjana gelombang elektromagnet yang seterusnya disebarkan ke udara atau ruang. Proses sebaliknya berlaku untuk sistem penerima. Bentuk fizikal antena bergantung pada fungsinya. Contoh penggunaan antena adalah pada aerial radio dan radar.
radiation resistancerintangan sinaranFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanRintangan yang ditakrifkan sebagai kuasa tersinar keseluruhan bagi suatu antena dibahagi dengan arus antena berkesan kuasa dua yang diukur pada titik bekalan kuasa kepada antena tersebut.
loop antennaantena gelungKejuruteraanTiada1. Antena yang digunakan pada radas pencarian arah radio dan dalam sesetengah penerima radio.,2. Antena yang dibentuk oleh beberapa belit dawai yang berada pada satu satah, disusun untuk melingkungi suatu kawasan dalam medan elektromagnet.
antenna pattern testujian pola antenaAeroangkasaTiadaUjian terhadap pola antena untuk memastikan stesen bumi dapat menerima pancaran antena tersebut.
radiaton zonezon sinaranFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanKawasan yang jauh daripada antena berbanding dengan dimensi antena dan jarak gelombang sinaran.
ground wavegelombang bumiKomunikasiTiadaGelombang radio berfrekuensi rendah yang bergerak di antara antena pemancar dengan antena penerima yang terletak di atas permukaan bumi. Gelombang bumi boleh terdiri daripada gelombang langsung, gelombang permukaan atau gelombang pantulan bumi.
12345678910...

Kembali ke atas