Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.bio.tik] | انتيبيوتيک

Definisi : (Ubat) sj bahan kimia yg dihasilkan oleh mikroorganisma yg boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikro­organisma lain spt bakteria (digunakan dlm rawatan penyakit berjangkit pd manusia, binatang, dan tumbuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.bio.tik] | انتيبيوتيک

Definisi : ist bahan kimia yg dihasilkan oleh mikroorganisma, yg boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikroorganisma lain, spt bakteria (digunakan utk merawat penyakit berjangkit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antibiotik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANTIBIOTIK

Antibiotik ialah ubat yang dihasilkan oleh

mikroorganisma tertentu. Bahan antibiotik diperoleh

daripada bakteria dan kulat. Kebanyakan antibiotik

digunakan untuk melawan pelbagai penyakit yang

disebabkan oleh mikroorganisma yang berbahaya.

Beberapa antibiotik digunakan untuk merawat

kanser tertentu.

UMUM 
STREPTOMISIN

Streptomisin ialah antibiotik yang melawan

bakteria tertentu yang menyebabkan penyakit. Ia

dihasilkan oleh Streptomisis griseus, iaitu sejenis

mikrob yang hidup di dalam tanah. Streptomisin

adalah salah satu antibiotik pertama yang ditemui.

Ahli mikrobiologi Amerika, Selman A.Waksman

menemui streptomisin pada tahun 1943.

Penemuannya dihasilkan daripada ujian terhadap

lebih kurang 10 000 mikrob tanah untuk mengesan

aktiviti antibiotik. Streptomisin ialah salah satu

daripada aminoglikosida, iaitu sekumpulan

antibiotik yang sama dari segi kimia yang turut

merangkumi gentamisin dan neomisin.

UMUM 
TETRASIKLIN

Tetrasiklin ialah satu daripada famili antibiotik

yang digunakan untuk merawat jangkitan.

Tetrasiklin menjejaskan banyak jenis bakteria dan

mikroorganisma lain termasuk riketsia (lihat

Riketsia ). Doktor menggunakan tetrasiklin untuk

merawat penyakit seperti tifus, trakoma, dan

penyakit saluran jantina. Mereka juga menggunakan

tetrasiklin dalam rawatan penyakit akne.

Tetrasiklin yang pertama didapati pada tahun

1948. Semenjak itu, tetrasiklin digunakan dengan

meluas – malah kerap kali tidak sesuai – digunakan

bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Penggunaannya yang meluas ini menyebabkan

banyak mikroorganisma dapat menentang kesan

daripada antibiotik ini. Oleh sebab itu, tetrasiklin

tidak lagi berkesan melawan penyakit akibat

mikroorganisma ini.

UMUM 
ERITROMISIN

Eritromisin ialah antibiotik yang digunakan bagi

merawat pelbagai jangkitan bakteria. Ia selamat

dan jarang-jarang menyebabkan kesan sampingan yang

serius.

UMUM 
SEFALOSPORIN

Sefalosporin ialah sebarang kumpulan

antibiotik yang digunakan secara meluas. Doktor

menggunakan sefalosporin untuk merawat

pelbagai jangkitan bakteria, termasuk penyakit

sistem pernafasan, saluran kencing, aliran darah,

dan kulit. Doktor juga menggunakan sefalosporin

untuk mencegah jangkitan berikutan daripada

pembedahan.

UMUM 
DRUG AJAIB

Drug ajaib lihat Antibiotik.

UMUM 
KLORAMFENIKOL

Kloramfenikol ialah sejenis antibiotik yang

pada suatu masa dahulu digunakan untuk

merawat banyak jenis penyakit berjangkit. Ia

terbukti sebagai penyelamat bagi jangkitan yang

serius seperti meningitis, demam kepialu,

demam paratifoid, dan tifus.

UMUM 
DUBOS, RENÉ JULES

Dubos, René Jules (1901–1982) ialah ahli

mikrobiologi Amerika-Perancis. Dia merintis

kemajuan dalam penggunaan antibiotik, sejenis

dadah.

UMUM 
ANTISEPTIK

Antiseptik adalah bahan yang memusnahkan atau

memberhentikan pertumbuhan – kuman pada

tisu hidup. Antiseptik disapu pada kulit dan

membran mukus untuk membantu menghalang

jangkitan. Antiseptik mestilah cukup kuat untuk

melawan kuman tetapi cukup lembut supaya tidak

merengsakan tisu yang sensitif. Antiseptik berbeza

daripada disinfektan dan antibiotik. Disinfektan

ialah bahan kimia yang memusnahkan kuman yang

terdapat pada objek tak hidup, manakala antibiotik

adalah dadah yang merawat infeksi yang telah

berlaku.

UMUM 
ANAFILAKSIS

Anafilaksis ialah reaksi sistem imun yang teruk

dan sering kali berlaku secara mendadak ke atas

alergen (bahan asing). Dalam sesetengah keadaan,

pendedahan kepada sesuatu alergen mengakibatkan

kejutan dan kadangkala menyebabkan kematian.

Punca biasa yang menyebabkan anafilaksis ialah

penyuntikan antibiotik ke dalam manusia yang secara

abnormal sensitif terhadapnya. Bagi sesetengah

orang sengatan penyengat boleh juga menyebabkan

anafilaksis. Peningkatan sensitiviti terhadap sesuatu

alergen adalah disebabkan oleh pendedahan

kepadanya sebelum itu, diikuti oleh pengeluaran

antibodi oleh sistem imun.

UMUM 
12

Kembali ke atas