Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.bio.tik] | انتيبيوتيک

Definisi : (Ubat) sj bahan kimia yg dihasilkan oleh mikroorganisma yg boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikro­organisma lain spt bakteria (digunakan dlm rawatan penyakit berjangkit pd manusia, binatang, dan tumbuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.bio.tik] | انتيبيوتيک

Definisi : ist bahan kimia yg dihasilkan oleh mikroorganisma, yg boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikroorganisma lain, spt bakteria (digunakan utk merawat penyakit berjangkit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antibiotik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
narrow spectrum antibioticantibiotik spektrum sempitFarmasiFarmakologiantibiotik spektrum sempit; ld. antibiotik spektrum sempit) Antibiotik yang aktif terhadap kumpulan mikroorganisma terpilih. Antibiotik ini biasanya digunakan untuk rawatan jangkitan mikroorganisma tertentu apabila patogen penyebab penyakit tidak diketahui. Agen ini tidak membunuh mikroorganisma seperti antibiotik spektrum luas. Oleh sebab itu, antibiotik spektrum sempit kurang cenderung menyebabkan superjangkitan. Contoh antibiotik spektrum sempit ialah vankomisin, eritromisin dan azitromisin.
antibioticantibiotikPerubatanTiadaBahan kimia yang diperoleh daripada mikroorganisma, yang berupaya untuk menghalang pembiakan atau memusnahkan mikroorganisma yang lain. Ia digunakan untuk rawatan jangkitan bakteria atau fungus. Antibiotik yang menghalang pertumbuhan bakteria dikenali sebagai antibiotik bakteriostatik, manakala antibiotik yang membunuh bakteria pula dikenali sebagai antibiotik bakteriosidal. Penggunaan istilah antibiotik ini biasanya diperluaskan juga kepada bahan-bahan sintetik. Antibiotik mempunyai pelbagai mekanisme tindakan seperti merencat pembentukan dinding sel bakteria dan menghalang penghasilan protein bakteria. Kesan sampingannya bergantung kepada jenis antibiotik. Contoh antibiotik ialah Penicillin, Cefotaxime, Gentamicin dan Tetracycline. Lihat juga antimikrob.
broad spectrum antibioticantibiotik spektrum luasFarmasiFarmakologiAntibiotik yang aktif terhadap pelbagai kumpulan mikroorganism.a.Antibiotik inimempunyai kesan membunuh atau menindas pertumbuhan pelbagai mikroorganisma penyebab penyakit. Antibiotik spektrum luas biasanya digunakan untuk rawatan empirikal sebelum patogen penyebab penyakit dikenal pasti. Selain itu, antibiotik spektrumluas juga digtmakan terbadap mikroorganisma yang rintang drug. Contoh antibiotik spektrum luas ialab anttbiotik kuinolon.
ustilaginustilaginBiologiMikologiAlkaloid yang diasingkan daripada Ustilago. Bahan ini mengandungi dua jenis antibiotik, iaitu antibiotik A dan antibioltik B.
beta-lactam antibioticantibiotik beta-laktamFarmasiFarmakologiKumpulan antibiotik yang mempunyai nukleus P-laktam dalam struktur molekulnya. Contoh kumpulan antibiotik ini ialah derivatif penisilin (penem), sefalosporin (sefem), monobaktam dankarbapenem.Antibiotik j}-laktam menindas pertumbuhan bakteria denganmengikat pada protein pengikat penisilin dan seterusnya merencat pembentukan dinding sel bakteria.
broad spectrum antibioticantibiotik spektrum luasPerubatanFarmakologi

Antibiotik yang mempunyai kemampuan membunuh atau menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria seperti bakteria gram positif, bakteria gram negatif dan bakteria atipikal. Kumpulan antibiotik ini berguna untuk rawatan empirikal sebelum agen penyebab dikenal pasti. Antibiotik kumpulan ini boleh menyebabkan kematian bakteria yang membentuk flora normal di dalam usus, meningkatkan risiko jangkitan organisma oportunis dan penghasilan organisma kebal. Contoh antibiotik spektrum luas ialah Ampicilin dan Tetracycline.

narrow spectrum antibioticantibiotik spektrum sempitPerubatanTiadaKumpulan antibiotik yang hanya berkesan kepada jenis bakteria yang khusus seperti bakteria Gram positif atau bakteria Gram negatif sahaja. Setelah diketahui bakteria penyebab, penggunaan antibiotik ini akan mengurangkan risiko jangkitan oportunistik dan penghasilan organisma kebal. Walau bagaimanapun, antibiotik kumpulan ini tidak sesuai untuk rawatan empirikal. Contoh antibiotik spektrum sempit ialah Penicillin, Vancomycin dan Gentamicin.
griseofulvingrisefulvinBioteknologiTiadaAntibiotik yang dihasilkan oleh Penicillium griseofulvum atau P. patulum. Antibiotik ini berupaya merencatkan kulat yang dinding selnya tidak mengandungi selulosa. Antibiotik ini bertindak ke atas biosintesis kitin dan mengganggu pereplikaan DNA. Gejala yang dapat dilihat ialah bengkak pada hujung hifa. Antibiotik ini kerap digunakan untuk merawat jangkitan oleh dermatofit. Oleh sebab kesan fitotoksiknya yang rendah, antibiotik ini juga dapat digunakan untuk merawat banyak jenis penyakit tumbuh-tumbuhan yang disebabkan oleh Botrytis sp. dan Alternaria solani.
antibioticantibiotikPerikananAkuakulturBahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma, yang boleh merencat pertumbuhan mikroorganisma lain. Antibiotik digunakan dalam tempoh dan dos tertentu. Rawatan antibiotik boleh diberi secara rendaman atau dicampurkan dalam makanan rumusan ikan. Contoh antibiotik ialah oksitetrasiklina (OTC). (MAKAN, SIHAT)
post-antibiotic effectkesan pascaantibiotikPerubatanTiadaKesan berpanjangan perencatan pertumbuhan bakteria oleh antibiotik selepas paras antibiotik tersebut menurun kurang daripada kepekatan perencat minimum. Kesan ini diukur di makmal dengan menilai masa yang diambil oleh kultur bakteria yang telah dirawat dengan antibiotik untuk bertambah bilangan koloninya kepada 1log10 berbanding dengan kultur kawalan. Ubat yang mempunyai kesan pascaantibiotik seperti aminoglikosida dan kuinolon dapat diberi dalam jangka masa dos yang lebih lama.
12345678910...

Kembali ke atas