Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.bo.di] | انتيبودي

Definisi : (Ubat) sj bahan yg terbentuk dlm darah dan dapat menghalang tindakan atau memusnahkan bakteria yg memudaratkan atau membahayakan tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.bo.di] | انتيبودي

Definisi : ist bahan yg terbentuk dlm darah yg dpt mencegah pembiakan bakteria dsb atau memusnahkannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antibodi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANTIBODI MONOKLONAL

Antibodi monoklonal ialah jenis khusus

molekul protein yang dihasilkan di makmal.

Antibodi yang sama dihasilkan secara semula jadi

oleh sistem imun haiwan dan manusia apabila

bahan seperti bakteria dan virus, menyerang badan

asing. Antibodi boleh meneutralkan bahan ini

dengan melekat pada antigen nya. Antibodi semula

jadi dalam darah terdiri daripada campuran banyak

antibodi yang bertindak balas dengan banyak

antigen dan dengan itu menjadi pertahanan barisan

hadapan badan terhadap penyakit. Tetapi larutan

antibodi monoklonal bertindak ke atas antigen

tertentu dan ia boleh dibuat dengan banyak. Ia telah

menunjukkan harapan dalam penyelidikan

perubatan.

UMUM 
ANTIBODI

Antibodi lihat Sistem imum.

UMUM 
ELISA

Elisa, satu kaedah mengukur kepekatan bahan di dalam larutan, terutamanya untuk mengukur antibodi dan antigen di dalam serum atau plasma.

BIOLOGIKaedah
ANTITOKSIN

Antitoksin ialah bahan yang terdiri daripada sel

hidup yang melawan penyakit yang disebabkan oleh

toksin. Toksin adalah racun yang dihasilkan oleh

organisma kecil seperti bakteria. Doktor

menggunakan antitoksin untuk merawat penyakit,

antara termasuk tetanus (kancing gigi) dan difteria.

Antitoksin adalah sejenis antibodi yang dapat

menyembuhkan atau menghalang penyakit, atau

menjadikannya kurang serius (lihat Sistem imun ).

UMUM 
ANAFILAKSIS

Anafilaksis ialah reaksi sistem imun yang teruk

dan sering kali berlaku secara mendadak ke atas

alergen (bahan asing). Dalam sesetengah keadaan,

pendedahan kepada sesuatu alergen mengakibatkan

kejutan dan kadangkala menyebabkan kematian.

Punca biasa yang menyebabkan anafilaksis ialah

penyuntikan antibiotik ke dalam manusia yang secara

abnormal sensitif terhadapnya. Bagi sesetengah

orang sengatan penyengat boleh juga menyebabkan

anafilaksis. Peningkatan sensitiviti terhadap sesuatu

alergen adalah disebabkan oleh pendedahan

kepadanya sebelum itu, diikuti oleh pengeluaran

antibodi oleh sistem imun.

UMUM 

Kembali ke atas