Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.bo.di] | انتيبودي

Definisi : (Ubat) sj bahan yg terbentuk dlm darah dan dapat menghalang tindakan atau memusnahkan bakteria yg memudaratkan atau membahayakan tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.bo.di] | انتيبودي

Definisi : ist bahan yg terbentuk dlm darah yg dpt mencegah pembiakan bakteria dsb atau memusnahkannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antibodi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enzyme linked immunosorbent assay (ELISA)ELISABioteknologiTiadaTeknik analisis peka yang menggunakan enzim yang dikomplekskan kepada antigen atau antibodi. Substrat dicampur untuk memberikan warna yang berkadar dengan jumlah pengikatan. Dalam teknik fasa pepejal, antigen ditambah kepada tiub yang dilapisi antibodi. Antibodi yang berlabelkan enzim juga ditambah untuk membentuk kompleks dengan antigen.
fluorescent antibodyantibodi berpendarfluorSains ForensikTiadaAntibodi yang telah dilabelkan dengan pewarna berpendarfluor. Antibodi berpendarfluor digunakan untuk mengesan kehadiran antigen yang khusus terhadap antibodi ini. Melalui pengujian terhadap antigen tertentu, antibodi berpendarfluor boleh digunakan dalam pengujian forensik untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang darah seperti darah daripada orang dewasa atau darah kanak-kanak. Lihat juga pendarfluor.
blocking antibodyantibodi penghalangPerubatanTiadaAntibodi yang mempunyai kekhususan yang sama dengan antibodi lain dan mengganggu kegiatan antibodi itu.
polyclonal antibodyantibodi poliklonBioteknologiTiadaAntibodi yang terhasil sebagai gerak balas keimunan normal terhadap antigen yang mengandungi bilangan protein yang berhubungan tetapi tidak serupa. Variasi menunjukkan bahawa antibodi ini dibentuk oleh limfosit yang berlainan dan berbeza dengan antibodi monoklon yang dibentuk oleh klon sel yang serupa. bd. antibodi monoklon.
macroglobulinmakroglobulinKimiaBiokimiaImunoglobin yang terdiri daripada 5-10% antibodi serum, termasuk antibodi heterofil dan wasserman, agglutinin sejuk, isohemaglutinin dan antibodi terhadap endotokrin bakteria gramnegatif.
antigen excesslebihan antigenSains ForensikTiadaNisbah antigen yang tinggi berbanding antibodi dalam campuran antigen-antibodi yang mengakibatkan kompleks antigen-antibodi terlarut. Semasa pengujian serologi forensik, lebihan antigen boleh mengakibatkan mendakan tidak kelihatan dan boleh membawa kepada ujian negatif palsu.
immunoglobulinimunoglobulinBioteknologiTiadaProtein jenis globulin (biasanya gama globulin) yang mempunyai aktiviti antibodi atau bertindak sebagai antibodi. Protein ini terbahagi kepada 5 kelas berdasarkan keheterogenan jenis antibodi yang terkandung, iaitu IgG, IgA, IgM, IgD, dan IgE.
agglutinationaglutinasiSains ForensikTiadaPenggumpalan sel darah merah akibat tindak balas dengan antibodi tertentu. Dalam ujian serologi forensik, penggunaan antibodi A atau antibodi B ke atas kesan darah yang ditemui akan menentukan kumpulan darah seseorang bagi membantu penyiasatan. Sinonim pengaglutinatan.
antibody-conjugated silica nanoparticleantibodi berkonjugat nanozarah silikaFizikNanoteknologiAntibodi yang bercantum dengan kapsul zarah silika yang mengandungi beribu-ribu molekul pencelup berpendarfluor untuk digunakan dalam bioanalisis yang sangat peka. Dalam kaedah konvensional, satu molekul antibodi disangkutkan dengan hanya satu atau beberapa molekul pencelup supaya isyarat peristiwa ikatan antibodi-antigen menjadi amat kecil. Antibodi ini digunakan untuk mengesan sel bakteria dalam sampel, dalam tempoh kurang daripada 20 minit.
monoclonal antibodyantibodi monoklonBioteknologiTiadaAntibodi yang terhasil secara pengkulturan jenis sel tunggal, dan dengan itu mengandungi spesies tunggal molekul imunoglobulin. Warisan dihasilkan melalui pertaupan sel tersebut dengan sel mieloma yang berupaya menghasilkan antibodi dan mengekalkan pembahagian dan pertumbuhan. bd. antibodi poliklon.
12345678910...

Kembali ke atas