Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.da.dah] | انتيداده

Definisi : menentang segala kegiatan dan amalan yg berkaitan dgn najis dadah (spt penghasilan, pengedaran, penggunaan dll najis dadah): pakar-pakar dan pejuang ~; kempen ~ usaha utk membanteras penyalahgunaan dadah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.da.dah] | انتيداده

Definisi : menentang segala kegiatan dan amalan yg berkaitan dgn najis dadah, spt penghasilan, pengedaran dan penggunaan. kempen ~ kempen atau usaha utk membanteras penyalahgunaan dadah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antidadah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH Soalan- Adakah ketiga-tiga ayat di atas boleh digunakan sebagai tajuk sesuatu majlisTajuk yang sesuai digunakan:

1. MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH
2. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH
Lain-lain08.02.2018
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i".1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 
2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi.  
3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 
4. Sementelah dan sementelahan.
5. Justeru.
6. ... kita akan dapat ...  
7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 
8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 
9. Kita haruslah dan kita seharusnya 
10. Keistimewaan alam semula jadi 
11. Mempertingkatkan 
12. Memperbaik
13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177.
Tatabahasa29.10.2012
contoh ayat : suatu pameran dan ceramah antidadah telah _____ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai. Mana satu jawapan yang betul : (a)diadakan (b) dianjurkan Apakah perbezaannya?Suatu pameran dan ceramah antidadah telah ____dianjurkan_ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai.
 

Perkatan yang lebih tepat ialah dianjurkan. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis ialah " Suatu pameran dan ceramah antidadah telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Flat Damai dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan.


Diadakan bermaksud dijadikan ada manakala dianjurkan bermaksud mengemukakan sesuatu.

Tatabahasa31.05.2013
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah perkataan ini didekatkan atau dijarakkan iaitu antidadah/anti dadah. terima kasihEjaan yang betul ialah antidadah.Ejaan21.07.2008
Tuan, Saya ingin mengetahui ejaan yang betul untuk Kempen anti-Dadah / Kempen Antidadah / Kempen Anti Dadah? Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah Kempen Antidadah.Ejaan11.08.2010
Mohon nasihat, jika di dalam Bahasa Inggeris, ejaan ialah Anti-Doping Malaysia. Di dalam Bahasa Melayu, adakah ejaan perlu dirapatkan menjadi Antidoping Malaysia? (sama seperti Antidadah dan Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan)Untuk makluman tuan, padanan bahasa Melayu untuk perkataan Doping ialah Salah guna dadah (Sila rujuk Halaman Utama PRPM). Manakala untuk penggunaan perkataan Anti-Doping akan dimaklumkan kemudian.Lain-lain14.05.2019
~melawat ke rumah orang tua ~melawat ke rumah-rumah orang tua ~melawat ke rumah orang-orang tua ~melawat ke rumah orang tua-tua ~melawat rumah orang tua ~melawat rumah-rumah orang tua ~melawat rumah orang-orang tua ~antidadah ~anti-dadah ~anti dadah ~anti-Amerika ~anti Amerika ~antiAmerika ~melawat rumah orang tua-tua YG MANA BETUL TATABAHASANYA?Orang tua membawa maksud orang yang sudah tua dan orang tua juga boleh bermaksud ibu bapa. Oleh itu, frasa "melawat ke rumah orang tua" boleh membawa dua makna tersebut dan frasa "melawat ke rumah orang-orang tua" bermaksud melawat ke rumah orang yang sudah tua. Kata melawat perlu diikuti kata sendi nama ke kerana dihadapannya ialah tempat, iaitu rumah orang tua/rumah orang-orang tua.
Ejaan yang betul ialah antidadah dan anti-Amerika. Perkataan anti ialah awalan asing yang bersambung terus dengan perkataan yang mengikutinya kecuali kata nama khas seperti anti-Amerika dan anti-Yahudi.
Tatabahasa06.10.2012
1. Mohon pengesahan ejaan perkataan-perkataan yang dimulakan dengan: 1. Pra 2. anti 3. tata 4. Dwi 5. Pasca 6. Pro Adakah dieja satu perkataan atau dua perkataan. 2. Kenapakah perkataan antidadah dieja satu perkataan dan anti Malaysia dieja dua perkataan? 3. Mohon penjelasan tentang penggunaan 'oleh kerana dan oleh sebab'.Pra, anti, tata, dwi, pasca dan pro dianggap sebagai awalan asing dan dieja sebagai satu perkataan dengan perkataan yang bergabung dengannya. Namun begitu awalan asing yang bergabung dengan kata nama khas hendaklah dieja dengan tanda sempang di tengah-tengahnya seperti anti-Israel.Tatabahasa09.12.2011

Kembali ke atas