Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.dé.pré.san] | انتيديڤريسن

Definisi : (antidéprésan) (Ubat) yg di­guna­kan utk melegakan kemurungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antidepresan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antidepressantantidepresanFarmasiTiadaAgen yang digunakan untuk melegakan simptom-simptom kemurungan. Agen ini digunakan untuk merawat gangguan psikiatri seperti depresi major dan gangguan keresahan jiwa. Kelas agen ini termasuklah antidepresan trisiklik. dan tetrasiklik., perencat oksidase monoamina, perencat pengambilan semula serotonin selektif (SSRl), perencat pengambilan semula serotonin dan noradrenalina (SNRI), serta antidepresan noradrenalina dan serotoninergik spesifik (NaSSA). Kebanyakan agen antidepresan mempunyai masa mula tindakan tertangguh (2-6 minggu) dan diambil selama beberapa bulan sehingga ke beberapa tahun.Sinonim antimurung.
tricyclic antidepressantantidepresan trisiklikKimiaForensikAntidepresan yang struktur kimianya mempunyai tiga gelang terlakur. Contohnya, amitriptilina, imipramina, desipramina, protiptilina hidroklorida dan amoksapina.
antidepressantantidepresanPerubatanTiadaSebarang ubat atau kaedah terapi lain yang bertindak untuk menyekat, menyembuh atau melegakan keadaan murung.
antidepressantantidepresanPerubatanTiadaUbat yang digunakan untuk rawatan penyakit kemurungan dan keresahan. Ia mempunyai pelbagai mekanisme tindakan seperti merencat pengambilan semula serotonin dan meningkatkan simpanan monoamina di sel-sel otak. Ubat ini dibahagikan kepada kumpulan yang berbeza seperti antimurung trisiklik, antimurung haterosiklik dan perencat selektif pengambilan semula serotonin (SSRI). Kesan sampingannya bergantung kepada jenis ubat. Contoh ubat ialah Imipramine, Amoxapine dan Fluoxetine. Sinonim antimurung.
antidepressantantidepresanFizikNanoteknologiDrug yang digunakan untuk merawat kemurungan. Drug ini bertindak ke atas aliran saraf penghantar epinefrina, serotonina dan norepinefrina merentasi neural sinaps. Contohnya, drug monamina oksidase (MAOI) seperti isokarbokazid (Marplan), drug trisiklik seperti imipramina (Tofranil) dan amitriptilina (Elavil).
antidepressantantimurungPerubatanTiadaLihat antidepresan.
antidepressantantimurungFarmasiFarmakologiLihat antidepresan.
alprazolamalprazolamKimiaForensikNama dagang, Xanax. Antidepresan benzodiazepina yang mempunyai tindakan jangka panjang yang digunakan dalam rawatan jangka pendek untuk keresahan. Kesan Sampingannya termasuk rasa mengantuk dan terawang-awang. Julat dos lazim untuk orang dewasa adalah sehingga 4 mg sehari.
amitriptylineamitriptilinaKimiaForensikNama dagang, Elavil. Antidepresan trisiklik yang bertindak dengan cara menghalang penyerapan semula neurotransmitter ke dalam akson. Amitriptilina digunakan untuk merawat kemurungan mental dan kemurungan yang diikuti oleh keresahan, selta untuk merawat enuresis. Kesan sampingan bahan ini termasuk loya,gemuruh, anoreksia, rasa mengantuk, pening, terawang-awang, dan pengsan. Dos maut ialah I g bagi kanak-kanak berusia setahun. Kepekatan toksiknya pula ialah 1 µg/mL. Pada umumnya dos melebihi 30 mg/kg adalah berbahaya.
amoxapineamoksafinaKimiaForensikNama dagang, Asendin. Ubat antidepresan trisiklik yang digunakan untuk merawat kemurungan. Kesan sampingan ubat ini termasuk keresahan, insomnia, kekeliruan, loya dan atrium berdenyut, kedatangan haid tidak teratur, pembesaran buah dada, perembesan susu, serta pergerakan muka dan anggota secm'a tidak terkawal. Julat dos yang lazim ialah 150 mg - 300 mg sehari.
123

Kembali ke atas