Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.é.mé.tik] | انتيايميتيک

Definisi : (antiémetik) (Ubat) bahan yg mencegah muntah atau melegakan rasa loya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antiemetik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antiemetic drugdrug antiemetikFarmasiFarmakologiLihat antiemetik.
antiemeticantiemetikHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat mencegah muntah atau melegakan rasa loya. Contohnya, ekstrak buah mengkudu (Morinda citrifolia), rizom halia (Zingiber officinale) dan buah atau daun limau purut (Citrus hystrix) yang bersifat antiemetik.
antiemeticantiemetikPerubatanTiadaUbat yang digunakan untuk menghalang rasa mual dan muntah, yang bertindak dengan merencat tindak balas pada pusat muntah di otak. Ubat ini digunakan dalam masalah mabuk perjalanan, muntah yang disebabkan oleh ubat antikanser dan alahan mengandung. Antara kumpulan ubat antiemetik ialah perencat reseptor 5-HT3 dan perencat reseptor dopamina. Contoh ubat ialah Ondansetron dan Chlorpromazine. Sinonim antimuntah.
antiemeticantiemetikFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan mencegah atau merawat muntah dan mual. 2. Agen yang berupaya mencegah atau merawat muntah. Kebanyakan agen ini boleh diberikan sama ada secara oral, suntikan atau tablet. Contob agen ini ialab dolasetron, granisetron dan ondansetron. Sinonim drug antiemetik.
antiemeticantiemetikPerubatanTiadaAgen yang dapat mencegah muntah atau melegakan rasa loya.
antiemeticantimuntahPerubatanTiadaLihat antiemetik.
butyrophenonebutirofenonFarmasiTiadaKelas drugyang bertindak dengan cara menghalang pembebasan dopamin. Bahan ini digunakan sebagai antipsikotik dan antiemetik. Contohnya, haloperidol.
antihistamineantihistaminaPerubatanTiadaUbat yang bertindak dengan merencat reseptor histamina sama ada reseptor histamina 1 (H1) ataupun reseptor histamina 2 (H2). Perencat H1 seperti Promethazine dan Chlorpheniramine digunakan sebagai antiemetik dan rawatan alahan. Ia boleh menyebabkan mengantuk dan hipotensi postural. Perencat H2 seperti Cimetidine dan Ranitidine digunakan dalam rawatan penyakit ulser peptik dengan mengurangkan penghasilan asid gaster. Perencat H2 boleh menyebabkan cirit-birit dan sakit kepala.
prochlorperazineproklorperazinaKimiaForensikFormula kimia, C20H24C1N3S; nama dagang, Compro, Stemetil. Cecair likat jernih berwarna kuning pucat, peka cahaya, larut dalam etanol, kloroform dan eter, tidak larut dalam air. Proklorperazina merupakan bahan kimia sintetik yang digunakan sebagai antiemetik, antipsikotik dan sebagai potensiator ubat analgesik dan hipnotik. Bahan ini toksik kerana boleh menyebabkan diskrasia darah, kesan pada sistem saraf pusat, konvulsi, dan kerosakan hati. Dalam plasma, dos terapeutik ialah 0.01 mg/L - 0.04 mg/L dan dos toksik ialah 0.2 mg/L - 0.3 mg/L. Dos parah akut adalah dalamjulat 15 mg/kg - 150 mg/kg.
promazine hydrochloridepromazina hidrokloridaKimiaForensikFormula kimia, C17H20N2S.HCI; nama dagang, Promwill, Promanyl. Hablur putih, terurai pada 181�C, larut dalam air, etanol dan kloroform, tak larut dalam eter dan benzena. Bahan kimia sintetik yang digunakan sebagai antiemetik, antipsikotik, dan potensiator ubat analgesik dan hipnotik. Bahan ini toksik kerana boleh menyebabkan diskrasia darah, kesan pada sistem saraf pusat, konvulsi dan kerosakan hati. Dalam plasma, dos terapeutik ialah 0.01 mg/L-0.05 mg/L dan dos toksik ialah 1 mg/L. Dos maut ialah 5 mg/L.
12

Kembali ke atas