Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.gen] | انتيݢن

Definisi : (Ubat) bahan (protein) yg apabila di­suntik­kan ke dlm tubuh merangsangkan pengeluaran antibodi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.gen] | انتيݢن

Definisi : ist bahan (protein atau toksin) yg merangsang pembentukan atau pengeluaran antibodi jika disuntikkan ke dlm tubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antigen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blood group antigenantigen kumpulan darahSains ForensikTiadaAntigen pada permukaan sel darah merah yang digunakan untuk pengelasan jenis darah seperti antigen A dan antigen B. Individu yang mempunyai kumpulan darah A mempunyai antigen A pada permukaan sel darah, kumpulan darah B mempunyai antigen B, kumpulan darah AB mempunyai kedua-dua antigen A dan B sementara kumpulan darah O tidak mempunyai antigen A atau B. Ahli serologi forensik akan menggunakan antiserum A dan antiserum B untuk menentukan jenis kumpulan darah khususnya apabila lebih dari satu jenis darah disyaki di tempat kejadian.
antigenantigenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanMolekul atau bahan asing yang mendorong respons imun di dalam badan untuk menghasilkan antibodi. Antigen boleh berasal dari dalam badan (antigen diri) atau dari persekitaran luaran (bukan diri). Antigen yang bersatu dengan sistem imun akan merangsang antibodi yang khusus. Jika sistem imun bertemu antigen yang tidak terdapat di dalam badan sendiri, antibodi akan melancarkan serangan ke atas antigen tersebut. Biasanya antigen adalah seperti peptida, polisakarida atau lipid.
HLAHLASains ForensikTiadaSingkatan bagi human leukoscyte antigen dan human lymphocyte antigen. Lihat antigen limfosit manusia, antigen leukosit manusia.
fluorescent antigenantigen berpendarfluorSains ForensikTiadaAntigen yang telah dilabelkan dengan pewarna berpendarfluor. Antigen berpendarfluor digunakan untuk mengesan kehadiran antibodi yang khusus terhadap antigen ini.
histocompatibility antigenantigen kehistoserasianBioteknologiTiadaAntigen yang memulakan gerak balas keimunan dan menyebabkan penolakan cantuman oleh perumah. Antigen ini merupakan glikoprotein yang terdapat di dalam membran sel limfosit dan makrofaj. Pada manusia, antigen yang memberikan gerak balas yang paling kuat ialah sistem HLA.
antigen excesslebihan antigenSains ForensikTiadaNisbah antigen yang tinggi berbanding antibodi dalam campuran antigen-antibodi yang mengakibatkan kompleks antigen-antibodi terlarut. Semasa pengujian serologi forensik, lebihan antigen boleh mengakibatkan mendakan tidak kelihatan dan boleh membawa kepada ujian negatif palsu.
prostate-specific antigenantigen prostat spesifikSains ForensikTiadaRembesan yang dihasilkan oleh kelenjar prostat ke dalam semen. Ahli serologi forensik menggunakan kit ujian antibodi-antigen khas untuk menguji antigen prostat spesifik (PSA) bagi mengesahkan kehadiran semen. Sinonim p30.
cross-reacting antigenantigen tindak balas silangSains ForensikTiadaAntigen yang boleh bertindak balas dengan antibodi yang penghasilannya diaruh oleh antigen lain. Dalam ujian toksikologi forensik dengan imunoasai, pseudoefedrina boleh bertindak balas terhadap antibodi yang dirangsangkan oleh metamfetamina dan tindak balas silang seperti ini boleh membawa kepada positif palsu.
antigen drifthanyutan antigenBioteknologiTiadaPerubahan secara perlahan-lahan jenis antigen yang terhasil daripada organisma atau virus yang infektif. Perubahan ini mengakibatkan generasi yang berikutnya atau klon daripada pelbagai sumber menunjukkan variasi gen yang mengekodkan antigen dan struktur antigen yang terbentuk.
antigenantigenSains ForensikTiadaBahan, iaitu makromolekul asing yang mampu mencetuskan gerak balas badan untuk menghasilkan antibodi. Kemampuan antigen untuk merangsang penghasilan antibodi adalah sangat berguna dalam analisis forensik. Contohnya, pengesanan antibodi terhadap suatu molekul seperti toksin botulinum, membuktikan bahawa seseorang mangsa pernah didedahkan kepada antigen tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas