Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.his.ta.mi.na] | انتيهيستامينا

Definisi : ubat yg digunakan utk mengu­rangi atau mencegah kesan histamina, ter­utama­nya dlm merawat alahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antihistamina


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antihistamineantihistaminaHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang, melegakan atau mengurangkan tindakan histamina yang dirembeskan akibat tindak balas alahan semasa demam selesema atau alahan terhadap debunga. Contohnya, ekstrak daun sirih (Piper betle) atau rizom halia (Zingiber officinale) yang bersifat antihistamina.
antihistamineantihistaminaKimiaForensikBahan sintetik yang mempunyai struktur analog dengan histamina. Kehadirannya dalam kuantiti yang sedikit dapat menghalang atau melawan tindakan histamina yang berlebihan. Bahan ini digunakan untuk merawat demam alergi, hidung tersumbat serta gatal-gatal yang dikaitkan dengan alergi dan sebagai sedatif. Contohnya, klorfeniramina (dalam Klortrimeton), dimenhidrinat (nama dagang, Dramamine), difenhidramina hidroklorida (nama dagang, benadryl). Kesan sampingan kebanyakan antihi stamina ialah mengantuk, kelesllan, loya, sembelit, serta kekeringan kerongkong dan saluran pernafasan. Kebanyakan ubat bantu tidur mengandungi antihistamina. Dos maut bagi kebanyakan antihistamina adalah dalam julat 25 mgkg - 250 mg/kg.
antihistamineantihistaminaPerubatanTiadaBahan atau dadah yang dapat menghentikan atau merencatkan tindakan histamina.
antihistamineantihistaminaKimiaTiadaBahan atau dadah yang dapat menghentikan atau merencatkan tindakan histamina.
antihistamineantihistaminaPentadbiran PerniagaanTiadaBahan atau dadah yang dapat menghentikan atau merencatkan tindakan histamina.
antihistamineantihistaminaPerubatanTiadaUbat yang bertindak dengan merencat reseptor histamina sama ada reseptor histamina 1 (H1) ataupun reseptor histamina 2 (H2). Perencat H1 seperti Promethazine dan Chlorpheniramine digunakan sebagai antiemetik dan rawatan alahan. Ia boleh menyebabkan mengantuk dan hipotensi postural. Perencat H2 seperti Cimetidine dan Ranitidine digunakan dalam rawatan penyakit ulser peptik dengan mengurangkan penghasilan asid gaster. Perencat H2 boleh menyebabkan cirit-birit dan sakit kepala.
antihistamineantihistaminaBiologiFisiologiDadah yang melawan tindakan histamina.
antihistamineantihistaminaPerubatanTiadaAgen yang menyekat, menghapuskan atau meredakan kesan farmakologi histamina. Agen ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu yang menyekat reseptor H1 atau reseptor H2.
cyclizineCyclizinePerubatanTiadaAntihistamina yang digunakan sebagai antiemitik; formula C18H22N2
brompheniraminebromfeniraminaKimiaForensikUbat antihistamina yang digunakan untuk merawat pelbagai tindak balas alergi, termasuk hidung tersumbat, tindak balas kulit, dan gatal-gata!. Dos parah ialah 25 mg/kg - 250 mg/kg.
123

Kembali ke atas