Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.ka.rat] | انتيکارت

Definisi : mencegah atau mengelakkan berlakunya karat: minyak ini juga mempunyai kuasa melawan pemburukan dan mengan­dungi ciri-ciri khas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.ka.rat] | انتيکارت

Definisi : mencegah atau mengelakkan berlakunya karat: Kereta itu telah dirawat dgn bahan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antikarat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antirusting coatingsalutan antikaratKomunikasi MassaTiadaTiada
antirust additivesbahan tambah antikaratKejuruteraanKejuruteraan MekanikBahan kimia yang ditambah ke dalam minyak pelincir atau bendalir hidraulik melalui proses tertentu. Bahan kimia ini berfungsi untuk mengurangkan atau menghalang permukaan daripada mudah berkarat. Bahan kimia ini dikenali juga sebagai perencat karat.
injection pumppam suntikanKejuruteraanPetroleumPam yang digunakan untuk menyuntik bahan kimia ke dalam sesuatu sistem talian aliran bagi merawat kegiatan emulsi dan antikarat. Suntikan biasanya berkadar dengan kadar alir bendalir yang mengalir dari telaga ke dalam sistem talian aliran. Pam ini biasanya mendapatkan bekalan kuasa dari motor elektrik, pacuan gas, rasuk bergerak sistem pengepaman rod penyedut atau sumber-sumber kuasa yang lain yang boleh diperoleh dalam keadaan yang dihadapi.
gear lubricantsbahan pelincir gearKejuruteraanKejuruteraan MekanikBendalir yang digunakan untuk melincirkan gear atau sistem pemacu gear. Fungsi bendalir ini adalah untuk membentuk satu lapisan nipis antara permukaan gigi gear. Lapisan ini mestilah mampu bertahan di kedudukannya walaupun dikenakan tekanan yang tinggi oleh gigi gear. Lapisan ini juga mestilah mempunyai tahap kelikatan yang sesuai pada suhu operasi gear dan mampu menyediakan tahap penyejukan yang memadai kepada gear. Untuk tujuan ini, bendalir mestilah mempunyai gabungan ciri kompleks yang berikut: i. Antihaus, iaitu mempunyai kekuatan lapisan dan mempunyai ciri pelinciran yang baik. ii. Keberaliran optimum, iaitu mempunyai kelikatan paling rendah pada suhu rendah, kelikatan yang memuaskan, lapisan nipis bendalir yang terhasil pada suhu tinggi mesti mempunyai cukup keupayaan menanggung beban dan mempunyai suhu alah yang cukup rendah. iii. Antikarat. iv. Serasi dengan pengedap. v. Keboleharapan, iaitu tahan penuaan, stabil pengoksidaan dan stabil mekanikal.

Kembali ke atas