Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antikomunis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana antikomunis dieja.Adakahkah antikomunis, anti komunis atau anti-komunisAnti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya.Tatabahasa18.04.2013
Penggunaan istilah anti- bilakah (anti+kata nama) perlu didekatkan,dan bilakah perlu tambah sempang di tengahnya?Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi.Ejaan02.03.2012
Tuan, Mana yang betul: Kempen Anti-Kutu Sampah ( ada tanda sangkang ), atau Kempen Anti Kutu sampah ( tiada tanda sangkang) Terima kasih.Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi.

Betul - Antikutu sampah
Tatabahasa13.08.2012
Apakah perbezaan antara "pro-Barat" dengan "probarat" dari segi penggunaan dan maksudnya? Terima kasih. Ejaan menggunakan tanda sempang(-) adalah bagi perkataan awalan asing (anti, bio, eka, dwi, eko, ko, maha, multi, pasca, pra, pro, sosio, sub) yang bertemu dengan kata nama khas, contohnya pro-UMNO, pro-Malaysia dan anti-Israel.
 Awalan asing yang bertemu dengan kata nama umum tidak perlu ada tanda sempang. Contohnya proaktif, probarat dan antikomunis
Makna08.05.2015
Salam Tuan,, manakah yang betul, kempen antikutu sampah (antikutu satu perkataan), atau kempen anti-kutu sampah ( ada tanda sengkang) atau kempen anti kutu sampah ( tiada tanda sengkang) Mohon penjelasan segera tuan. Terima kasih.

Salam Encik Musa,

Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi.

Dalam konteks perkataan di atas antikutu sampah perlu ditulis rapat.

Ejaan24.08.2012
soalan: 1. Bagaimana membezakan ejaan bagi perkataan yang menggunakan kata sempang? contoh: Adakah ejaan proUMNO, ke-2 betul? 2. Pada pihak yang benar atau kepada pihak yang benar? 3. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya, ialah... Bolehkah menggunakan yang diawal ayat? 4. ..., yang rambutnya teristimewa sekarang ini. Betulkah penggunaan ayat di atas?Jawapan:
1. Ejaan menggunakan tanda sempang(-) adalah bagi perkataan awalan asing (anti, bio, eka, dwi, eko, ko, maha, multi, pasca, pra, pro, sosio, sub) yang bertemu dengan kata nama khas, contohnya pro-UMNO, pro-Malaysia dan anti-Israel.
 Awalan asing yang bertemu dengan kata nama umum tidak perlu ada tanda sempang. Contohnya proaktif, probarat dan antikomunis.  ke-2 adalah betul.
 Jawapan 2:
Jawapan yang betul ialah "kepada pihak yang benar".
Jawapan 3:
Penggunaan kata "Yang" di awal ayat tidak sesuai digunakan.
Jawapan 4:
Soalan yang saudara kemukakan adalah tidak jelas. Perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu bergantung kepada ayat dan maksudnya. Sila kemukakan ayat yang penuh bagi menjawab soalan tersebut. Terima kasih.
Tatabahasa28.03.2013

Kembali ke atas