Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.ok.si.dan] | انتياوکسيدن

Definisi : bahan yg dapat melambatkan proses pengoksidaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.ok.si.dan] | انتياوکسيدن

Definisi : ist bahan yg dpt melambatkan proses pengoksidaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antioksidan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'ANTIOXIDANT'? Adakah pengantioksida atau antioksidan? ANTIOXIDANT (Berfungsi memperlahankan pengoksidaan makanan berlemak dan mencegah warna sayuran bertukar menjadi perang)Perkataan "antioxidant" boleh dipadankan sebagai pengaktioksida dan antioksidan bergantung pada konteks penggunaan ayat.

Pengaktioksida digunakan dalam bidang kimia yang merujuk kepada sebatian, biasanya sebatian organik yang lebih mudah dioksidakan jika dibandingkan dengan satu bahan yang lain. Oleh itu, sebatian organik ini dapat merencatkan pengantioksidaan bahan kedua apabila kedua-dua bahan itu dicampurkan.

Antioksidan pula digunakan dalam bidang herba dan veterinar. Dalam bidang veterinar, antioksidan merujuk kepada sebatian kimia yang berupaya merencat kerosakan pada bahan-bahan makanan yang sensitif seperti lemak tak tepu dan vitamin larut lemak. Sebatian ini digunakan untuk memanjangkan tempoh penyimpanan lemak dan juga menghalang pengoksidaan dalam bahan makanan supaya tidak berbau tengik. Contohnya, etoksikuin, fenol, kuinon, vitamin E dan asid galik.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/
Istilah22.09.2020
Salam sejahtera apakah perbezaan antara perkataan antioksidan dan antioksida? Melalui Carian Bestari PRPM domain kamus, tidak wujudnya perkataan 'antioksida'. Walaubagaimanapun, melalui domain Istilah Bahasa Melayu dan domain Khidmat Nasihat, dinyatakan pula 'antioksida' dan 'bahan antioksida'. Adakah perkataan 'antioksidan' sudah membawa maksud 'bahan yang mencegah pengoksidaan' manakala 'antioksida' hanya merujuk kepada sifat sesuatu bahan kimia yang mampu mencegah pengoksidaan? Terima kasih!

Istilah yang betul ialah antioksidan, iaitu bahan yang dapat melambatkan proses pengoksidaan.

Istilah10.01.2022
Antidiabetik, antiradang, antikanser, antioksidan dll. perlukah diletakkan tanda bacaan sempang (hyphen) selepas perkataan anti?Tanda sempang tidak perlu diletakkan selepas perkataan anti. Cara penulisan yang betul ialah antidiabetik, antiradang, antikanser, antioksidan.Tatabahasa21.11.2018
1. antioxidant 2. whole-what flour 3. premixed vitamin 4. vanillin 5. malt extract 6. leaving agent 7. skimmed milk powder 8. casrava strerch 9. cocoa mass 10. arkey1. antioksidan 2. tepung gandum lengkap 3. vitamin pracampur 4. vanilin 5. ekstrak malt 6. agen penaik 7. susu tepung milk 8. sagu ubi 9. jisim koko 10. wei/dadihEjaan26.06.2013
Soalan saya; 1. Ejaan yang tepat untuk anti-oksidan dan anti-keradangan 2. Ukuran atau Nilai berbentuk cm, mm liter Dan sebagainya perlu ditulis rapat atau jarak; 3-5cm atau 3,-5 cm. 3. Mata-tunas atau mata tunas (istilah saints)Ejaan yang betul ialah: antioksidan, antikeradangan
Cara penulisan untuk ukuran ialah dijarakkan daripada angka di hadapan: 3-5 cm
Perkataan mata tunas dieja berasingan dan tanpa tanda sempang di tengah-tengahnya. 
Ejaan04.09.2022

Kembali ke atas