Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.ok.si.dan] | انتياوکسيدن

Definisi : bahan yg dapat melambatkan proses pengoksidaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.ok.si.dan] | انتياوکسيدن

Definisi : ist bahan yg dpt melambatkan proses pengoksidaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antioksidan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antioxidantantioksidanHerbaPemiawaianSifat agen yang digunakan untuk menambah atau mencegah molekul dalam badan daripada teroksida. Contohnya, daun cekur (Kaempferia galanga), ulam raja (Cosmos caudatus) dan pelbagai jenis buah limau yang bersifat antioksidan.
antioxidantantioksidanVeterinarTiadaSebatian kimia yang berupaya merencat kerosakan pada bahan-bahan makanan yang sensitif seperti lemak tak tepu dan vitamin larut lemak. Sebatian ini digunakan untuk memanjangkan tempoh penyimpanan lemak dan juga menghalang pengoksidaan dalam bahan makanan supaya tidak berbau tengik. Contohnya, etoksikuin, fenol, kuinon, vitamin E dan asid galik.
antioxidantantioksidanPerubatanTiadaAgen yang dapat melambatkan proses pengoksidaan.
antioxidantantioksidanMakanan dan PemakananPemakananSebatian kimia yang berupaya merencatkan kerosakan pada bahan-bahan makanan yang sensitif seperti lemak tak tepu dan vitamin larut lemak. Sebatian ini digunakan untuk memanjangkan tempoh penyimpanan lemak dan juga menghalang pengoksidaan dalam bahan makanan supaya tidak berbau tengik. Contohnya, etoksikuin, fenol, kuinon, vitamin E dan asid galik.
antioxidantantioksidanPerikananAkuakulturBahan yang dapat melambatkan proses pengoksidaan lemak atau minyak. Contohnya, hidroksitoluena berbutil (BHT) dan hidroksianisol berbutil (BHA) yang kebiasaannya digunakan untuk melambatkan proses pengoksidaan bahan lemak di dalam makanan ikan atau udang.
antioxidant compoundsebatian antioksidanHerbaPemiawaianSebatian tulen yang mampu mencegah molekul dalam badan daripada teroksida. Contohnya, asid askobik dan kuarsetin merupakan sebatian dalam buah limau yang bersifat antioksida.
vitamin Evitamin EVeterinarTiadaSejenis vitamin larut lemak yang berfungsi sebagai antioksidan yang penting dalam pernafasan sel. Vitamin ini berfungsi sebagai pengawal atur dalam sintesis DNA, vitamin C dan koenzim Q dan mengawal kestabilan asid lemak poli tak tepu. Vitamin ini juga boleh menjadi pengganti selenium. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan distrofi otot, merencatkan pembiakan, dan merencatkan kematangan sel pembiakan. Pada anak ayam, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan ensefalomalasia. Sumber vitamin ini diperoleh daripada germa bijirin seperti gandum, rumput kering dan padi. Sinonim tokoferol.
lycopenelikopenaHerbaPemiawaianPigmen merah yang terdapat dalam herba. Likopena mempunyai sifat antioksidan dan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Sebagai contoh, kandungan likopena terdapat dalam bunga rozel (Hibiscus sabdariffa).
vitamin Evitamin EVeterinarTiadaSekumpulan bahan kimia yang dikenali sebagai tokoferol. Ia merupakan sejenis antioksidan larut-lemak dan mengawal kestabilan asid-asid lemak poli-tak-tepu. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan perosotan otot, sistem pembiakan tidak subur dan kemandulan.
stilbenestilbenaHerbaFitokimiaSebatian diariletilena yang diterbitkan daripada pensiklikan aldol intramolekul sinamilpoliketida. Contoh sebatian stilbena semula jadi ialah resveratrol, yang bersifat antioksidan dan dihasilkan daripada biji anggur.
123

Kembali ke atas