Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.réu.ma.tik] | انتيريوماتيک

Definisi : (antiréumatik) (Ubat) bahan yg dapat mencegah atau melegakan gejala reumatisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antireumatik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antirheumaticantireumatikPerubatanTiadaBahan yang melegakan reumatisme.
antirheumaticantireumatikPerubatanTiadaUbat yang digunakan dalam rawatan atritis reumatoid. Ubat ini terbahagi kepada dua kumpulan besar iaitu ubat antiradang bukan steroid (NSAID) seperti Aspirin dan Piroxicam, dan ubat pengubah suai penyakit (DMARD) seperti Cyclosporine dan Aurothiomalate. NSAID digunakan untuk rawatan simptomatik dengan mengurangkan nyeri, manakala DMARD menghalang atau memperlahankan proses perkembangan penyakit.
antirheumaticantireumatikPerubatanTiadaAgen yang dapat mencegah atau melegakan gejala reumatisme.
antirheumaticantireumatikFarmasiFarmakologiKumpulan drug yang digunakan dalam rawatan reumatisme. Kumpulan ini bertindak dengan cara mengurangkan kemdangan sendi,melegakan kesakitan ataumemperJabankan pertumbuhan penyakit tersebut. Contoh drug dalamkumpulan initennasuklah drug antiinflamasi bukan steroid, metotreksat, ldorambusil dan siklofosfamida.
antirheumaticantireumatikHerbaFitoterapiBahan yang mencegah atau melegakan reumatisme.
disease modifying antirheumatic drugubat antireumatik pengubah suai penyakitPerubatanTiadaUbat yang digunakan dalam penyakit atritis reumatoid yang merencat dan memperlahankan proses perkembangan penyakit. Ubat ini mengambil masa yang berbeza-beza iaitu antara enam minggu hingga enam bulan untuk memberi kesan, bergantung kepada keutuhan sistem imun pesakit. Ubat ini terdiri daripada pelbagai jenis dan mempunyai mekanisme tindakan yang berbeza-beza. Secara umumnya, ia merupakan ubat yang toksik dan penggunaannya perlu dilakukan secara selektif. Contohnya, Penicillamine dan Sulfasalazine.
savin oil poisoningkeracunan minyak savinKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan minyak savin, iaitu bahan yang digunakan sebagai antireumatik dan abortifasien. Bahan ini sangat merengsakan semua tisu. Tanda utama keracunan akut ialah muntah dan kegagalan peredaran darah. Gejala akibat pengingesan ialah pedih abdomen, loya dan muntah, cirit-birit, disuria, hematuria, tidak sedar, sesak nafas, dan konvulsi. Gejala akibat penyedutan ialah pening, pernafasan cetek yang cepat, takikardia, kerengsaan bronkus, dan tidak sedar atau konvulsi. Penemuan makmal menunjuk.kan air kencing mungkin mengandungi hemoglobin, sel darah merah, protein, kas, dan paras gula turun; anemia mungkin terjadi. Penemuan patologi dalam keskematian akibat pengingesan termasuk kemerosotan buah pinggang dan kesesakan teramat dan edema dalam paru-paru, otak dan mukosa gaster.
Acorus calamusjerangauHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba saka dalam famili Acoraceae dan tingginya mencapai satu meter. Jerangau hidup liar di tempat berair atau lembap seperti parit, kolam dan sawah padi. Daunnya jenis ringkas, panjang dan lurus seperti rumput. Daunnya tersusun padat pada satu satah membentuk pangkal yang leper. Urat daun selari mengikut panjang daun. Pangkal daun berwarna ungu. Rizomnya merayap dan ditutupi sisik. Isinya berserabut dan berwarna putih. Rizomnya dibuat ubat untuk melegakan masalah angin, kolik dispepsia, demam, ulser usus, reumatik, sakit saraf, disentri, lelah dan jangkitan pada bronkus. Rizomnya mengandungi minyak meruap dan boleh dibuat campuran minuman beraroma dan pewangi. Air rebusan daun dibuat tonik untuk ibu selepas bersalin, manakala air rebusan akarnya digunakan untuk mengurangkan darah nifas dan haid yang terlalu banyak. Jerangau bersifat antibakteria, antiseptik, diaforetik, emetik, antireumatik dan sedatif. Tumbuhan ini mengandungi bahan kimia seperti X-asaron, azulena, elemisin, isoeugenol, limonena dan minyak pati.

Kembali ke atas