Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.sép.tik] | انتيسيڤتيک

Definisi : (antiséptik) bahan kimia (spt iodin, alkohol, asid borik, dll) yg digunakan utk membunuh atau mencegah pembiakan bak­teria pd permukaan kulit (pd luka, alat per­kakas pembedahan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.sép.tik] | انتيسيڤتيک

Definisi : /antiséptik/ bahan kimia (spt iodin, asid borik) yg digunakan utk membunuh atau mencegah pembiakan bakteria pd permukaan kulit, luka, alat perkakas pembedahan, dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antiseptik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANTISEPTIK

Antiseptik adalah bahan yang memusnahkan atau

memberhentikan pertumbuhan – kuman pada

tisu hidup. Antiseptik disapu pada kulit dan

membran mukus untuk membantu menghalang

jangkitan. Antiseptik mestilah cukup kuat untuk

melawan kuman tetapi cukup lembut supaya tidak

merengsakan tisu yang sensitif. Antiseptik berbeza

daripada disinfektan dan antibiotik. Disinfektan

ialah bahan kimia yang memusnahkan kuman yang

terdapat pada objek tak hidup, manakala antibiotik

adalah dadah yang merawat infeksi yang telah

berlaku.

UMUM 
MERKUROKROM

Merkurokrom ialah nama dagang bagi antiseptik

lemah yang digunakan dalam larutan air.

Nama rasminya ialah merbromin. Merkurokrom

adalah satu daripada antiseptik yang dikenali

sebagai merkurial organik yang mengandungi

merkuri. Merkurokrom ialah serbuk kasar

berwarna hijau, tetapi dalam larutan air, bahan ini

berwarna merah pekat. Formula kimia

merkurokrom ialah C 20 H 8 O 6 Ha 2 Br 2 Hg. Larutan

merkurokrom biasanya tidak terbakar atau

merengsakan apabila disapu pada luka.

Lihat juga Antiseptik.

UMUM 
SEMMELWEIS, IGNAZ PHILIPP

Semmelweis, Ignaz Philipp (1818–1865) ialah

doktor Hungary yang pertama menggunakan

kaedah antiseptik secara meluas ketika kelahiran

bayi. Di Hospital Besar Vienna, dia menyedari

bahawa demam nifas yang biasanya membunuh 12

orang daripada setiap 100 orang ibu, adalah

penyakit berjangkit dan doktor sendiri

menyebabkan penyakit ini merebak jika mereka

tidak membasuh tangan semasa merawat pesakit.

Semmelweis dicemuh kerana ideanya yang tidak

masuk akal, tetapi dia tetap dengan pendiriannya

dan pada tahun 1860 menerbitkan karya klasiknya,

berjudul The Etiology, Concept and Prophylaxis of

Childbirth Fever . Penentang idea ini menyerangnya

sekeras-kerasnya, dan pertelingkahan ini akhirnya

menyebabkan Semmelweis diserang sakit mental.

Pada tahun kematian Semmelweis, Joseph Lister

mencuba operasi antiseptik yang pertama dan tidak

lama kemudian disahkan bahawa hipotesis

Semmelweis adalah benar. Semmelwies lahir di

Budapest.

UMUM 
KROM RAKSA

Krom raksa ialah nama dagangan untuk antiseptik

lemah yang digunakan dalam larutan air. Nama

rasminya ialah merbromin.

UMUM 
ASID BORIK

Asid borik, juga dikenali sebagai asid boraksik

ialah asid bukan organik yang lemah, yang paling

dikenali kerana kegunaannya sebagai antiseptik.

UMUM 
TAIM

Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun,

berbau harum yang berasal dari kawasan

Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan

taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa

pahit yang menjadikannya perisa yang popular

dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat

antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak

daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair

pencuci mulut dan ubat batuk.

UMUM 
ARGENTUM NITRAT

Argentum nitrat ialah bahan kimia yang

digunakan dalam ubat dan industri. Formula kimianya

ialah AgNo 3 . Bahan kimia ini mudah larut dalam air. Ia

boleh membakar kulit dan menyebabkan keracunan

yang teruk atau mengakibatkan maut apabila

terminum. Doktor menggunakan argentum nitrat

untuk melecuhkan (bakar) luka bagi mengelakkan

pendarahan atau jangkitan, dan untuk membuang

kutil. Doktor menggunakan larutan argentum nitrat

cair untuk merawat penyakit mata dan kulit yang

tertentu, dan sebagai antiseptik. Sesetengah negara

mengehendaki setiap bayi yang baru lahir dirawat

dengan larutan argentum nitrat untuk mengelak

daripada buta.

UMUM 

Kembali ke atas