Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.sé.rum] | انتيسروم

Definisi : (antisérum) (Ubat) serum darah yg mengandungi antibodi melawan antigen tertentu, digunakan utk merawat atau melindungi seseorang drpd sesuatu penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antiserum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antiserumantiserumKimiaTiadaSerum yang mengandungi antibodi pada kadar yang dapat memusnahkan virus atau bekteria penyebab penyakit. Antiserum diperoleh daripada haiwan yang telah diimunkan, sama ada secara suntikan antigen ke dalam tubuh atau secara jangkitan mikroorganisma yang menghasilkan antigen yang berkenaan. Misalnya, antiserum tetanus dan difteria.
antiserumantiserumFarmasiFarmakologiAgen (serum) yang diperoleh daripada manusia atau haiwan yang mengandungi satu atau lebih antibodi dan spesifik terhadap satu atau lebih antigen. Pemberian antiserum adalah untuk menghasilkan keimunan pasif bagi melawan sesuatu penyakit tanpa merangsang penghasilan antibodi di dalam tubuh pesakit Antiserum dikenali juga sebagai serum umm.
antiserumantiserumBioteknologiTiadaSerum yang mengandungi antibodi yang diperoleh daripada haiwan atau manusia yang terimun. Antiserum yang mengandungi aras antibodi yang tinggi terhadap sesuatu antigen khusus dapat disuntik ke dalam penerima untuk memberikan keimunan pasif terhadap sesuatu jangkitan.
antiserumantiserumBiologiMikrobiologiSerum yang mengandungi antibodi pada kadar yang dapat memusnahkan virus atau bakteria tertentu. antiserum diperoleh daripada haiwan yang telah diimunkan, sama ada secara penyuntikan antigen ke dalam badan atau jangkitan semula jadi.
antiserumantiserumKimiaBiokimiaSerum yang dihasilkan oleh darah haiwan yang telah diinokulasi dengan antigen atau patogen khusus. Oleh yang demikian, darah dan antiserum mengandungi antibodi khusus kepada antigen tersebut dan memberikan perlindungan untuk menentang antigen itu.
antiserumantiserumSains ForensikTiadaCecair serum daripada haiwan vertebrat atau manusia yang imun terhadap antigen khusus. Cecair ini mengandungi antibodi yang boleh bertindak balas terhadap antigen tersebut. Antiserum manusia digunakan dalam ujian mendakan bagi mengenal pasti sama ada kesan darah berasal daripada manusia atau bukan.
antiserumantiserumKimiaForensikCecair dalam darah haiwan atau manusia yang mengandungi antibodi untuk melawan penyakit tertentu. Cecair ini tidak menyebabkan penghasilan antibodi seseorang dan lazimnya digunakan untuk imuniti sementara (pasif). Terdapat beberapa jenis antiserum. Jenis pertama dibuat dengan antitoksin iaitu antibodi yang memusnahkan racun daripada bakteria tetapi tidak membunuh bakteria itu. Jenis kedua ialah serum antimicrobial iaitu serum yang memusnahkan bakteria melalui tindakan sel darah putih. Jenis ketiga pula ialah serum antilimfosit (ALS) yang mempunyai antibodi untuk melawan antigen sel darah putih tertentu. Sinonim antitoksin.
antiserumantiserumVeterinarTiadaTiada
antiserumantiserumPerubatanTiadaTiada
antiserumantiserumKimiaTiadaTiada
123

Kembali ke atas