Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.sik.lon] | انتيسيکلون

Definisi : kawasan yg tekanan udaranya lebih tinggi berbanding dgn tekanan udara di seke­lilingnya sehingga menghasilkan keadaan cuaca yg tenang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.sik.lon] | انتيسيکلون

Definisi : kawasan yg tekanan udaranya lebih tinggi berbanding dgn tekanan udara di sekelilingnya sehingga menghasilkan keadaan cuaca yg tenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antisiklon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anticyclolysisantisiklosisSainsHidrometeorologiPeluputan dan pelemahan peredaran antisiklon di sekeliling antisiklon yang sedia ada.
blocking anticycloneantisiklon halangMeteorologiMeteorologi PerhubunganKawasan tekanan tinggi yang terbentuk di Siberia pada musim sejuk, yang dapat dilihat jelas dicarta min tekanan aras laut. Antisiklon ini berpusat berhampiran dengan Tasik Baikal dan min tekanan aras lautnya melebihi 1030 hPa dari akhir November hingga keawal Mac. Keamatan antisiklon ini diperkuat oleh gunung yang mengelilingi kawasan tersebut yang menghalang udara sejuk mengalir keluar. Di pusat antisiklon, uda yang biasanya berkitar ikut arah jam diganti oleh angin katabatik yang menuruni lurah sungai; tetapi di sebelah timur di sepanjang pantai Pasifik, terdapat jalur angin utara yang amat kuat. Pada musim panas, kawasan antisiklon Siberia digantikan oleh kawasan tekanan rendah.
anticycloneantisiklonSainsHidrometeorologiTaburan tekanan atmosfera yang mempunyai pusat tekanan tinggi. Dalam carta sinoptik, antisiklon dapat dikesan dari sistem isobar tertutup, umumnya berbentuk bulat atau bujur dan mengelilingi pusat tinggi. Struktur dinamik antisiklon ialah penumpuan mendatar di atas tinggi, pencapahan mendatar diaras rendah dan penurunan udara secara perlahan di sebahagian besar troposfera.
anticycloneantisiklonMeteorologiMeteorologi PerhubunganTaburan tekanan atmosfera yang mempunyai pusat tekanan tinggi. Dalam carta sinoptik, antisiklon dapat dikesan dari sistem isobar tertutup, yang umumnya berbentuk bulat atau bujur dan mengelilingi pusat tekanan tinggi. Struktur dinamik antisiklon ialah pumpunan mendatar di atas tinggi, pencapahan mendatar di aras rendah dan ataman udara secara perlahan di sebahagian besar troposfera.
anticyclonic shearricihan antisiklonSainsHidrometeorologiRicihan angin mendatar yang dapat menyumbangkan kepada kevortisan yang berantisiklon aliran. Keadaan ini selalunya menghasilkan putaran antisiklon bagi zarah udara individu sepanjang garisan aliran. Di hemisfera utara, ricihan antisiklon akan wujud jika kelajuan angin berkurangan dari kiri ke kanan, merintangi arah aliran. Keadaan yang sebaliknya terdapat di hemisfera selatan.
subtropical anticycloneantisiklon subtropikaSainsHidrometeorologiAntisiklon jalur tekanan tinggi subtropika.
colpelanaSainsHidrometeorologiTaburan tekanan atmosfera yang berbentuk pelana dan terjadi di antara dua antisiklon dan dua lekukan yang tersusun berselang-seli. Pelana yang nyata membujur sepanjang paksi tekanan tinggi ialah pelana antisiklon dan yang membujur sepanjang paksi tekanan rendah ialah pelana siklon, sementara yang tidak nyata membujur ialah pelana neutral. Sifat kesemua jenis pelana ialah angin silir yang berubah-ubah. Cuaca yang terdapat pada pelana neutral dikuasai oleh ciri-ciri jisim udara tertentu tetapi selalunya beribut di musim panas dan redup atau berkabut di musim sejuk. Ciri umum bagi pelana antisiklon ialah ciri antisiklon dan bagi pelana siklon ialah ciri siklon.
high (anticyclone)antisiklonGeografiTiadaSistem tekanan tinggi atau antisiklon.
upper-level anticycloneantisiklon aras atasSainsHidrometeorologiPusaran antisiklon yang terdapat dalam udara di aras atas. Ia dinamakan sedemikian hanya apabila ia lebih nyata diaras atas daripada di permukaan bumi dan berhampiran permukaan bumi.
anticycloneantisiklonPerikananTiadaTaburan tekanan atmosfera yang meningkat menjauhi pusat atmosfera tersebut. Antisiklon menyumbang kepada keadaan cuaca yang baik. Walau bagaimanapun, keadaan awan yang tebal kadangkala boleh berlaku pada musim sejuk.
123456789

Kembali ke atas