Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.so.sial] | انتيسوسيال

Definisi : 1. tidak suka bergaul dgn orang lain (masyarakat): mereka yg ~ akan hanya me­renggangkan diri mereka drpd arus pem­bangunan masyarakat; 2. bertentangan dgn atau berbahaya kpd peraturan atau adat (sese­buah masyarakat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.so.sial] | انتيسوسيال

Definisi : 1 tidak suka bergaul dgn orang lain: Beliau berkata, tuan anjing itu adalah spt orang yg ~ kerana tidak mementingkan orang lain. 2 bertentangan dgn peraturan atau adat sesebuah masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antisosial


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antisocialantisosialPendidikanTiadaTiada
antisocialantisosialPsikologiTiadaTiada
antisocial personalitypersonaliti antisosialPerubatanTiadaPersonaliti seseorang yang tidak suka bergaul, atau tidak mematuhi susila masyarakat.
antisocial feelingperasaan antisosialSejarahTiadaSikap yang tidak suka bergaul dalam masyarakat dan bertentangan dengan rukun hidup bermasyarakat.
antisocial behaviourtingkah laku antisosialSosiologiTiadaPerilaku seperti tidak suka bergaul atau yang bertentangan dengan norma masyarakat.
antisocial behaviourtingkah laku antisosialPerubatanTiadaPerilaku seperti tidak suka bergaul atau yang bertentangan dengan norma masyarakat.
antisocial behaviourtingkah laku antisosialSosiologiTiadaPerilaku seperti tidak suka bergaul atau yang bertentangan dengan norma masyarakat.
antisocial behaviourtingkah laku antisosialPsikologiTiadaPerilaku seperti tidak suka bergaul atau yang bertentangan dengan norma masyarakat.
delinquent peer influencespengaruh delinkuen sebayaKriminologiKeadilan JenayahPengaruh yang disebabkan oleh pergaulan dengan rakan-rakan yang pernah atau sedang terlibat dalam mana-mana kesalahan atau tingkah laku antisosial. Menerusi pergaulan ini, individu tersebut belajar cara-cara, teknik, serta motivasi untuk melakukan kesalahan atau tindakan antisosial tersebut.
antisocial personality disorderkecelaruan personaliti antisosialKriminologiKeadilan JenayahSuatu bentuk kecelaruan apabila individu tidak dapat membezakan yang mana betul atau salah dan sentiasa menafikan hak dan perasaan orang lain. Mereka juga tiada belas kasihan serta tidak berasa bersalah terhadap tindakan yang dilakukan. Mereka sering memanipulasi situasi atau pemikiran orang lain, bersifat menentang dan melayan orang lain dengan kasar. Mereka juga sering melanggar undang-undang seterusnya melakukan jenayah.
12

Kembali ke atas