Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.té.sis] | انتيتيسيس

Definisi : (antitésis) 1. sesuatu yg benar-benar berlawanan atau bertentangan: Boyle meragui segala sesuatu yg merupakan ~ kpd prinsip keyakinan dlm agama; 2. penggunaan kata atau ungkapan spt ‘berjuang atau menyerah’ dlm frasa, ayat, dll yg sama utk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yg seim­bang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antitesis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antithesisantitesisKesusasteraanTiadaIdea yang berlawanan maknanya dan terhasil melalui pertentangan atau makna yang ketara perbezaannya. Dalam bidang retorika, antitesis terhasil melalui pemakaian bahasa yang menggunakan sintaksis yang selari untuk mengimbangkan idea yang bertentangan. Dalam bidang penghujahan, antitesis ialah pernyataan dari sudut pandangan yang bertentangan. Dalam bidang puisi, penyair kerap menggunakan antitesis untuk memaparkan kebolehan berjenaka secara pintar. Lihat juga al-mutabaqah.
antithetical forceskuasa-kuasa antitesisSejarahTiadaKuasa yang mengandungi atau memperlihat ciri-ciri antitesis atau berbalah
antithesisantitesisSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan berlawanan secara langsung dengan sesuatu pernyataan atau sesuatu tesis. Konsep ini merupakan sebahagian daripada proses dialektik materialisme Marx yang menyatakan bahawa asas material sesuatu perkara itu berkembang berdasarkan suatu proses dialektik. Dalam proses ini, keadaan itu berkembang hasil daripada konflik antara satu tesis dengan antitesis. Konflik ini akan berakhir dengan suatu rumusan yang dipanggil sintesis. Sebagai contoh, keadaan kapitalisme melahirkan dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas buruh. Keadaan ini telah melahirkan penentangan buruh terhadap pemodal yang kemudiannya melancarkan revolusi proletar. Penentangan ini merupakan antitesis kepada keadaan kapitalisme tersebut. Konflik ini juga akan melahirkan suatu keadaan sintesis atau dalam ramalan Marx satu masyarakat tanpa kelas.
antitheticantitesis; antitetikGeologiTiadaTiada
antithesisantitesisPendidikanTiadaTiada
antithesisantitesisKesusasteraanTiadaTiada
antithesisantitesisSejarahTiada2. Satu pertentangan yang melahirkan ketidakpuasan hati, ketidaksempurnaan serta berlawanan dengan apa yang disahkan
anthithesisantitesisGeografiTiadaTiada
antithesisantitesisSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
antithesisantitesisKesusasteraanPuisiGaya unsur puisi yang mengungkapkan gagasan-gagasan yang berlawanan, dengan menggunakan perkataan atau frasa yang seimbang. Contohnya, peribahasa di bawah. 'Patah sayap bertongkat paruh'
12

Kembali ke atas