Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.vi.rus] | انتيۏيروس

Definisi : bersifat menentang atau membasmi virus: ubat ~; perisian ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.vi.rus] | انتيۏيروس

Definisi : ist atur cara yg digunakan utk mengesan dan menghapuskan virus komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antivirus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antiviral/antivirusantivirusBiologiMikrobiologiBahan yang merencatkan kesan virus. Misalan antivirus ialah interferon
antivirusantivirusTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang digunakan untuk mengesan dan menghapuskan virus komputer, cecacing, kuda Trojan dan kod hasad lain yang terdapat pada sistem komputer. Contoh perisian antivirus yang sering digunakan ialah Norton, McAfee, Virus scan dan Kaspersky. Sinonim vaksin.
antivirusantivirusTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang digunakan untuk mengesan, mengasingkan, memadamkan, dan melaporkan virus atau kod hasad dalam sistem komputer.
antivirus softwareperisian antivirusTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang digunakan untuk mengesan dan menghapuskan virus yang terdapat dalam komputer. Contohnya, perisian Kaspersky, Norton AntiVirus dan McAfee.
antivirus softwareperisian antivirusTeknologi MaklumatTiadaAtur cara mengesan virus dalam cakera dan ingatan serta menghapuskannya.
antiviralantivirusHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan virus. Contohnya, ekstrak rizom kunyit (Curcuma longa) yang bersifat antivirus.
antiviral drugsubat antivirusPerubatanTiadaKumpulan ubat yang digunakan dalam rawatan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Terdapat pelbagai jenis antivirus yang digunakan bergantung kepada jangkitan virus tertentu. Mekanisme tindakan dan kesan sampingannya bergantung kepada jenis ubat. Contohnya, Zidovudine digunakan dalam rawatan jangkitan retrovirus dan Acyclovir digunakan dalam jangkitan herpesvirus.
antiviralantivirusFarmasiFarmakologiAgen yang digunakan untuk merawat jangkitan virus.Agen ini membunuh atau menindas replikasi virus dan seterusnya merencatkan keupayaan virus untuk membiak. Agen ini bersifat khusus virus dan berupaya untuk bertindak: pada permukaan sel virus atau di dalam sel hos. Contoh agen antivirus ialah asiklovir, sitarabina, amantadina, idoksuridina, lamivudina, oseltamivir dan zanamivir.
superbugsuperpepijatTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus atau kod hasad yang tidak boleh dikesan atau dibuang oleh perisian antivirus. Walaupun superpepijat velum pernah wujud, namun superpepijat dijangka akan mempunyai ciri polimorfisme tandatangan yang kompleks untuk mengaburi imbasan dari perisian antivirus dan juga kaedah merebak dan arahan pemusnah yang berbeza atau sentiasa berubah. Ciri ini boleh menyebabkan vaksin yang dikeluarkan untuk superpepijat hanya berguna untuk jangka masa yang singkat sahaja, iaitu sehingga superpepijat tersebut berubah bentuknya sekali lagi.
zoo viruszoo virusTeknologi MaklumatTiadaTapak web yang menyimpan koleksi virus Internet. Virus dikurung dalam persekitaran terasing untuk tujuan latihan dan penyelidikan antivirus. Zoo virus tidak boleh didapati di luar daripada makmal syarikat antivirus. Laman ini diharamkan oleh sesetengah negara.
12345

Kembali ke atas