Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.wi.ra] | انتيو‌يرا

Definisi : (Sas) watak utama (wira) dlm sesebuah novel, cerita, filem, drama dsb yg tidak me­miliki sifat yg lazimnya dikaitkan dgn seseorang wira, spt keberanian dan kepim­pinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antiwira


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antiheroantiwiraKesenianDrama dan TeaterLihatantihero.
anti-heroantiwiraKesusasteraanTiadaWatak lelaki utama yang tidak mempunyai sifat dan nilai terpuji. Banding wira.
anti-heroantiwira/antiheroKesusasteraanTiadaProtagonis dalam karya yang tidak memiliki sifat wira yang lazim. Contoh: Watak Bongkok dalam drama �Si Bongkok Tanjung Puteri�
herowiraKesusasteraanTiadaWatak lelaki utama dalam drama atau naratif yang mempunyai sifat, nilai serta tujuan yang terpuji. Wira terlibat secara langsung sebagai aksi utama dalam sesebuah cerita, sering dipertembungkan dengan kerenah penjarah atau watak jahat dan menjadi tumpuan perhatian khalayak. Watak utama lelaki dikenali sebagai wira manakala watak utama perempuan ialah wirawati. Istilah ini membawa konotasi kewiraan yang positif dan sering dikaitkan dengan epik dan mitos, iaitu bentuk karya yang banyak mendukung makna kewiraan. Oleh itu, wira dibezakan dengan protagonis, iaitu istilah yang merujuk kepada watak utama, tetapi lebih neutral sifatnya. Watak utama yang tidak mempunyai sifat dan nilai terpuji disebut sebagai antiwira. Wira berasal daripada perkataan Yunani hero yang bermaksud �pelindung�. Lihat juga antagonis, wirawati.

Kembali ke atas