Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.to.lo.gi] | انتولوݢي

Definisi : kumpulan karya prosa (spt cerpen) atau sajak atau kedua-duanya yg dihasilkan oleh berlainan pengarang, kumpulan karangan pilihan seseorang pengarang, bunga rampai; mengantologikan menghimpunkan atau menyusun sesuatu karya spt cerpen utk dijadikan sbg antologi: karya-karya mereka telah pun diantologikan oleh penerbit utk tatapan umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.to.lo.gi] | انتولوݢي

Definisi : kumpulan cerita (karangan, puisi dsb) yg dihasilkan oleh pengarang yg berlainan. mengantologikan mengumpulkan atau menyusun karya, spt cerpen, puisi dsb utk dijadikan sbg antologi: Karya-karya yg menarik itu diantologikan utk tatapan para pembaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anthologyantologiKesusasteraanTiadaKoleksi ekstrak atau petikan terpilih, selalunya sajak atau sesuatu subjek daripada penulisan seorang pengarang atau banyak pengarang yang mempunyai ciri-ciri umum seperti perkara atau bentuk kesusasteraan.
anthologyantologiKomunikasiTiadaKoleksi ekstrak atau petikan terpilih, selalunya sajak atau sesuatu subjek daripada penulisan seorang pengarang atau banyak pengarang yang mempunyai ciri-ciri umum seperti perkara atau bentuk kesusasteraan.
anthologyantologiPendidikanTiadaKoleksi ekstrak atau petikan terpilih, selalunya sajak atau sesuatu subjek daripada penulisan seorang pengarang atau banyak pengarang yang mempunyai ciri-ciri umum seperti perkara atau bentuk kesusasteraan.
anthologyantologiPerpustakaanTiadaKoleksi ekstrak atau petikan terpilih, selalunya sajak atau sesuatu subjek daripada penulisan seorang pengarang atau banyak pengarang yang mempunyai ciri-ciri umum seperti perkara atau bentuk kesusasteraan.
anthologyantologiKesusasteraanTiadaHimpunan karya sastera dalam satu buku yang ditulis oleh penulis yang berbeza.
indexindeksKesusasteraanPuisiSenarai judul puisi, antologi puisi, kumpulan puisi ataupun nama tokoh, pengarang, institusi dan lain-lain.
poemsajakKesusasteraanPuisiKarya-karya puisi, sama ada tradisional mahupun moden. Contohnya, puisi " Kumai" dan "Daerah Kenangan" dalam antologi Puisi Sepanjang Zaman karya T. Alias Taib. Sajak mempunyai dua pengertian yang berbeza iaitu makna umumnya suatu jenis karangan berangkap baik pantun atau syair dan lain� lain, manakala makna khususnya terdiri daripada suatu jenis karangan berangkap cara baharu dalam bahasa Melayu, keadaannya seakan-akan gurindam dan seloka pada bentuk luarnya tetapi berlainan pada isi dan rasa keseniannya dengan beberapa sifat yang tertentu.
pastoralpastoralKesusasteraanPuisiPuisi yang menonjolkan citra yang berhubung dengan kehidupan masyarakat desa yang aman dan tenteram. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" dalam antologi Bunga Gerimis karya Darma Mohamad. Rumah kecil menganugerahkan damai terasa basah dan sejuknya udara berkisar antara gunung dan bukit negara menjadi tunjang kenikmatan dan sejahtera
repetitionperulanganKesusasteraanPuisiGaya bahasa dalam puisi y,mg terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan juga rangkap. Contohnya, pengulangan baris, 'bila kita bertemu' petikan daripada puisi "Pertemuan" dalam antologi Bunga Gerimis karya Adi Badiozaman Tuah. Baris tersebut diulang permulaan baris setiap rangkap. Tujuan pengulangan dalam puisi selain dari untuk menguatkan maksud tertentu adalah juga untuk menimbulkan suasana pengucapan yang muzikal, berirama dan indah. Bila kita bertemu jangan kaurebahkan diri di atas ranjang kenangan kerana untuk merenangi semula tasik ingatan itu Bila kita bertemu biarlah kita berdepan bagi sepasang kekasih mencari tapak kekuatan masa kini
dysphemismdesfemismeKesusasteraanPuisiGaya pengucapan sesuatu pemikiran dalam nada yang kasar. Walau bagaimanapun ungkapan yang digunakan itu tidaklah sampai menyinggung perasaan pembaca atau khalayak pendengar. Contohnya, puisi "Celana Dal am" dalam antologi Kemala 152 karya Ismail Muhammad. Sinonim ungkapan kasar.
12

Kembali ke atas