Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.to.nim] | انتونيم

Definisi : (Lin) kata yg berlawanan maknanya dgn kata lain, mis tinggi lwn rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.to.nim] | انتونيم

Definisi : kata yg berlawanan maknanya dgn kata lain, mis kecil lw besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antonim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah antonim bagi masin? Ada yang mengatakan antonim bagi masin ialah manis dan ada juga yang mengatakan tawar. Bagi saya, antonim bagi manis ialah masam. Jadi, tentunya antonim bagi masin bukan manis. Harap dapat menguraikan kekusutan ini. Soalan tersebut adalah soalan bahasa melayu tahun 2.Antonim bagi masin dan manis ialah tawar.Tatabahasa02.10.2011
Antonim bai bulat?Soalan saudara tidak difahami. Boleh jelaskan apa kehendak soalan saudara?Lain-lain24.07.2014
Tayar basikalnya kempis kerana tercucuk paku. Apakah kata antonim kempis?Antonim  bagi perkataan kempis yang sesuai untuk tayar ialah mampat.Tatabahasa01.07.2021
Apakah antonim kepada perkataan "terdampar" / "terkandas"Terdampar atau terkandas bermaksud tersekat di pertengahan jalan. Lawan bagi maksud berkenaan ialah berjaya sampai ke destinasi. Tidak semua perkataan mempunyai antonim satu lawan satu, seperti malas lawannya rajin. Oleh itu, sila rujuk kamus untuk mendapatkan sinonim dan antonim perkataan yang dicari.Makna06.11.2019
Saya tidak menemui di dalam kamus DBP sebarang perkataan antonim yang merujuk kepada perkataan "terdampar" dan "terkandas". Adakah sesuai sekiranya perkataan "terpelihara" sebagai antonim bagi kedua perkataan tersebut

Terdampar atau terkandas bermaksud tersekat di pertengahan jalan. Lawan bagi maksud berkenaan ialah berjaya sampai ke destinasi. Tidak semua perkataan mempunyai antonim satu lawan satu, seperti malas lawannya rajin. Oleh itu, sila rujuk kamus untuk mendapatkan sinonim dan antonim perkataan yang dicari.

Lain-lain07.11.2019
Apakah antonim untuk iri hati?

Tidak semua perkataan atau istilah mempunyai perkataan berlawanan. 

Istilah09.02.2009
Apakah antonim sesuai bagi kata terangkum/rangkum?Antara antonim yang sesuai ialah tidak terangkum, tidak mencakupi, tidak meliputi, tidak melingkungi, tidak mencangkum dan tidak memeluk bergantung pada penggunaannya dalam contoh ayat.Tatabahasa06.02.2019
diminta senaraikan sinonim dan antonim bagi sekolah rendah.Sinonim ialah kata-kata yang sama atau yang hampir sama maknanya manakala antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain. Saudara boleh merujuk buku bahasa yang berkaitan untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkataan tersebut.Lain-lain25.03.2010
saya ingin bertanya, apakan perkataan berlawan (antonim) yang tepat bagi perkataan "hutang". terima kasihTidak ada  data yang terakam tentang antonim perkataan hutang. Walau bagaimanapun melihat kepada konsep hutang, kata lawan yang sesuai ialah tunai.Tatabahasa16.12.2013
Salam sejahtera, Apakah pembahagian antonim dalam kata kerja?Dalam buku Tatabahasa Dewan dan sumber rujukan kami yang lain tidak ada perbincangan tentang tajuk pembahagian antonim dalam kata kerja.Tatabahasa04.09.2008
1234

Kembali ke atas