Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.tro.po.lo.gi] | انتروڤولوݢي

Definisi : pengajian saintifik tentang asal usul manusia (perkembangan fizikal dan budayanya, ciri-ciri rasnya dan adat resam, serta kepercayaannya), kaji manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.tro.po.lo.gi] | انتروڤولوݢي

Definisi : ilmu ttg manusia, terutama yg berkaitan dgn asal usul (perkembangan, adat resam, kepercayaan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antropologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah definisi antropologi?Makna antropologi ialah pengajian saintifik tentang asal usul manusia. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna31.01.2009
BAGAIMANA HENDAK MENERBITKAN BUKU ANTROPOLOGI SEJARAH MELAYU SIBU

Saudara,

             Saya ingin bertanya kepada saudara, adakah judul di atas telah siap ditulis sebagai sebuah manuskrip yang lengkap atau masih pada peringkat penulisan? Sekiranya telah siap ditulis dalam bentuk manuskrip, maka saudara boleh terus menghantar manuskrip yang berkenaan kepada kami. Penyerahan ini mohon disertakan dengan surat dan bahan iringan iaitu  manuskrip, disket, biodata saudara dan sinopsis tentang judul yang berkenaan. Sinopsis ini harus merangkumi keterangan isi kandungan judul, jumlah bab, keterangan bab, jumlah ilustrasi yang digunakan (sekiranya ada) dan jumlah halaman manuskrip dan sasaran pembaca yang ditujukan. Nyatakan juga tentang kekuatan manuskrip ini. Kami akan menilai manuskrip ini untuk melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau sebaliknya. Sekiranya diluluskan penerbitannya, kami akan memaklumkan kepada saudara dan proses penerbitan selanjutnya akan diteruskan. Lesen perjanjian juga akan ditandatangani antara saudara (selaku penulis) dengan DBP.

Saya harap penjelasan yang ringkas ini membantu saudara. Terima kasih.     

      

  

Lain-lain14.01.2010
Apakah maksud soul? lagu yang bertemakan soul. Contoh ayat: She's a R&B, soul, & Jazz Artist Terima kasih.Soul dalam bidang Antropologi diterjemahkan kepada roh, jiwa dan semangat. Merujuk makna tersebut lagu dalam genre soul bertemakan makna yang tersebut.
Istilah13.09.2012
salam. adakah sentri dan santri mempunyai maksud yang sama. terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sentri ialah penjaga, pengawal, manakala istilah santri pula digunakan dalam bidang antropologi.   Istilah12.06.2010
Kesesuai penggunaaan perkataan "Hari Inisiasi" untuk hari permulaan pelajar baharuMengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan perkataan "inisiasi" berasal daripada perkataan Inggeris iaitu "initiation" yang membawa maksud permulaan, memulakan, pengenalan, memperkenalkan. Dalam bidang Antropologi pula, istilah "initiation" bermaksud penerimaan/inisiasi. Oleh itu cadangan perkataan yang sesuai ialah: Hari Inisiasi Pelajar Baharu.  Istilah19.11.2019
Terjemahan: 1. Nation building 2. Nation stateUntuk makluman, terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk "nation building", iaitu pembangunan negara (bidang Ekonomi), pembangunan bangsa (bidang Antropologi) dan pembinaan bangsa (bidang Sosiologi). Istilah bahasa Melayu untuk "nation state" ialah negara bangsa.Istilah14.05.2013
maksud perkataan hubungan dan hubungan etnik... sekian,

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut paut. Hubungan etnik pula perkaitan atau pertalian antara etnik atau kaum. Untuk keterangan lanjut sila rujuk IPTA/IPTS bidang sosiologi dan antropologi.

Makna12.08.2009
definisi budaya berpasanganMerujuk Kamus Dewan, budaya ialah 1. tamadun, peradaban: ~ Islam; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb): ~ kuning; 3. bersifat budaya, yg mengenai kebudayaan, (yg) sudah maju (akal budi): antropologi ~; ~ kuning budaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif; ~ rakyat cerita, adat, pakaian, tingkah laku dsb yg diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa; Berpasangan pula ialah 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pasangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik. Walau bagaimanapun,budaya tersebut boleh didefinasikan mengikut konteks yang bersesuaian.Lain-lain01.09.2010
Assalamualaikum/salam sejahtera... Saudara, Saya Nurul Hannis Arba'ie dan merupakan salah seorang pelajar Kolej Mara Banting. Kini, saya sedang dalam proses untuk menyiapkan kajian saya mengenai karya-karya Faisal Tehrani. Di sini, saya mempunyai beberapa perkara yang saya harap pihak DBP dapat membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. 1. Berdasarkan pengamatan saya, kebanyakan karya-karya Faisal Tehrani adalah terbitan DBP dan menerima anugerah Sayembara DBP. jadi, bolehkan saya mendapatkan e-mel beliau memandangkan saya dan 4 orang lagi rakan yang lain bercadang untuk menemu bual beliau. Temubual ini merupakan antara prosedur yang perlu kami lakukan sebagai metodologi kajian kami. 2. Kajian saya memerlukan saya menggunakan teori budaya dan teori antropologi. Jadi, adakah mana-mana buku keluaran DBP yang boleh dijadikan rujukan teori-teori ini? Saya berharap saudara sudi membantu saya dan segala bantuan saudara kelak saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Waalaikumussalam saudara Layla Witra,

Untuk makluman saudara, saya tidak menyimpan alamat beliau dan mungkin saudara boleh berhubung dengan beliau melalui FB.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan buku-buku teori budaya dan antropologi yang diterbitkan oleh DBP, saudara boleh melayari laman web Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP http://pustaxa.gov.my. laman ini memaparkan KATALOG AWAM DALAM TALIAN (KAWAT). Cara menggunakannya ialah dengan menaip judul buku atau pengarang dan klik cari.

sekian, selamat mencuba.

Tokoh25.07.2011
apa maksud "mn", "ki" dan apa-apa kod lain pada awal takrif kata PRPM?Untuk makluman, label Ar (Arab), Br (Brunei), C (Cina) dan seterusnya merupakan bentuk penanda berkaitan asal atau etimologi kata. Selain itu, kependekan ini juga menandakan singkatan umum seperti dlm (dalam), drpd (daripada), ki (kiasan), prb (peribahasa) dan sebagainya. Bidang atau pengkhususan sesuatu perkataan juga diberi bentuk kependekan seperti Ant (antropologi), Eko (ekonomi) dan Geo (geografi).

Semua maklumat ini dimuatkan dalam kamus sebagai Panduan Penggunaan Kamus Dewan pada setiap edisi bercetak.
Lain-lain06.08.2020
12

Kembali ke atas