Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.tro.po.mor.fis.me] | انتروڤومورفيسمى

Definisi : 1. kepercayaan bahawa Tuhan bersifat sama spt manusia (dr segi rupa bentuk, perasaan, atau kelakuan); 2. keperca­yaan bahawa sesuatu haiwan atau objek mempunyai perasaan, sama spt manu­sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antropomorfisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anthropomorphismantropomorfismePendidikanTiadaTiada
anthropomorphismantropomorfismeGeologiTiadaTiada
anthropomorphismantropomorfismeSosiologiTiadaTiada
anthropomorphismantropomorfismeArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPemberian ciri atau sifat manusia kepada sesuatu bentuk. Contohnya, pada arca kedewaan ajaran Hinduisme, Dewa Brahman, Wisnu dan Siwa diberikan ciri manusia tetapi mempunyai kelebihan statusnya sebagai dewa seperti mempunyai tangan melebihi dua atau berkepala empat.
anthropomorphismantropomorfismeLandskapTiadaPengolahan bentuk yang menyerupai bentuk manusia seperti di dalam skulptur atau arca hiasan taman.
anthropomorphismantropomofismeKesusasteraanTiadaPemberian sifat manusia dalam karya sastera kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa, dan kuasa yang abstrak seperti Tuhan. Karya berunsur antropomorfisme yang termasyhur ialah Animal Farm oleh George Orwell yang merupakan satira terhadap Revolusi Rusia. Dalam karya ini, binatang ternakan yang asalnya dimiliki oleh peladang yang mabuk telah berjaya memerdekakan diri, mengambil alih ladang itu, dan mengerjakannya sendiri seperti manusia. Namun, timbul huru-hara sehingga ladang itu kucar-kacir kerana binatang yang mentadbirkannya bertindak zalim seperti pemiliknya terdahulu. Di Malaysia, karya yang memperlihatkan corak cerita yang sama ialah Tikus Rahmat oleh Hassan Ibrahim. Di Indonesia terdapat cerpen �Langit Makin Mendung� oleh Kipandjikusmin yang memberikan sifat manusia kepada Tuhan. Antropomorfisme digunakan untuk membangkitkan rasa empati dalam sastera. Kebanyakan pengarang cerita kiasan lebih cenderung memperlihatkan unsur ini. Antropomorfisme berasal daripada perkataan Yunani anthropos yang bererti �manusia dan bentuk�. Lihat juga bertiari.

Kembali ke atas