Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nu] | انو

Definisi : 1. (orang, benda, dll) yg tidak disebut namanya (dgn disengajakan, kerana terlupa, dsb): si ~ nak datang; dgn hajat ~; 2. (Mat) kuantiti tertentu yg belum diketahui nilai­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.nu] | انو

Definisi : orang (benda dsb) yg tidak disebut namanya: si ~ si polan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anu

Puisi
 

Tidak jadi padi Terengganu,
     Burung kuang berintik-rintik;
Tidak jadi dengan si anu,
     Air Pahang balik mudik.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cubic equationpersamaan kubikMatematikTiadaPersamaan yang melibatkan ungkapan kubik dalam satu anu. Ungkapan kubik ialah polinomial yang kuasa tertinggi bagi anu berkenaan ialah tiga. Bentuk am persamaan kubik dengan anu x ialah a3x3 + a2x2 + a1x + ao = 0, dengan a ≠ 0.
unknownanuMatematikTiadaKuantiti tertentu yang belum diketahui nilainya. Sesuatu anu boleh diwakili dengan huruf atau simbol bergambar. Misalnya, u mewakili umur seorang budak lelaki dalam unit tahun dan kakaknya dua tahun lebih tua. Jadi umur kakaknya ialah (u + 2) tahun. Jika huruf u digantikan dengan simbol bergambar ⋆, jadi umur kakaknya ialah (⋆ + 2) tahun.
like termssebutan serupaMatematikTiadaSebutan yang melibatkan anu (atau pemboleh ubah) yang sama dan kuasa setiap anu adalah sama. Contoh: 3ab2t3 dan -2ar3b2 ialah sebutan serupa, manakala 3abt dan -2ab2t bukan sebutan serupa.
substitution methodkaedah penggantianMatematikTiadaKaedah untuk menyelesaikan persamaan serentak dengan menggantikan sesuatu anu dengan ungkapan dalam sebutan anu yang lain.
linear termsebutan linearMatematikTiadaSebutan yang kuasa bagi anu tertentu ialah satu. Misalnya, , -3b, 4a, dan 2y.
algebraic expressionungkapan algebraMatematikTiadaSebarang hasil yang menggabungkan nombor, anu, pemboleh ubah atau entiti matematik lain dengan operasi, misalnya, 2ab + 3c, x2 - 2xy + y2.
simultaneous equationpersamaan serentakMatematikTiadaSekumpulan persamaan yang sama-sama mensyaratkan anu yang terlibat. Misalnya, persamaan serentak x + 3y = 7 dan 2x + 5y = 10 mempunyai penyelesaian x = -5 dan y = 4.
quadratic equationpersamaan kuadratikMatematikTiadaPersamaan yang melibatkan ungkapan kuadratik dalam satu anu. Bentuk am bagi persamaan kuadratik ialah ax2 + bx + c = 0, dengan a ≠ 0.
scoreskorMatematikTiada1. Markah bagi sesuatu ujian. 2. Sesuatu nilai bagi anu atau pemboleh ubah tertentu yang biasanya diperoleh daripada pencerapan atau pengukuran. Nilai tersebut mungkin merupakan salah satu daripada seset data.
elimination methodkaedah penghapusanMatematikTiadaKaedah untuk menyelesaikan sistem persamaan serentak dengan menghapuskan anu.
123

Kembali ke atas