Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anuar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Roslan Mohd Anuar Nov 18th, 12:27pm Salam admin..sy merupakan seorang guru di pantai timur semenanjung..sy mohon jika ada sebarang program atau pertandingan y melibatkan pelajar sekolah,mohon admin panjangkan kpd saya utk maklumkan kpd pelajar utk kegiatan luar pelajar sebab byk program yang dianjurkan oleh dbp tiada dlm makluman kami..atau boleh emelkan kpd sya di alamat aroma.rma@gmail.comDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Nov 18th, 5:15pm Terima kasih. Mohon jasa baik cikgu untuk kerap membaca status terkini di dinding FB DBP untuk tujuan tersebut. Pihak kami akan kerap mengemas status terkini yang boleh dikongsikan untuk masyarakat. Sila layari www.dbp.gov.my pada masa yang sama. Terima kasih.Lain-lain18.11.2015
Anuar menceritakan tentang pengalaman beliau menjadi juara dalam pertandingan pidato.Mohon pembetulanAnuar menceritakan pengalaman beliau menjadi juara dalam pertandingan pidato.Tatabahasa06.06.2015
Dimana saya boleh dapatkan bacaan dalam talian hikayat syamsul anuar?Salam sejahtera, Untuk makluman, hikayat Syamsul Anuar ini tiada dalam simpanan/dokumentasi dan belum diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami juga tiada bahan dalam bentuk digital/talian. Oleh itu, mohon pihak puan untuk mendapatkan maklumat tersebut dengan penerbit buku yang lain. Sekian. Terima kasih.Lain-lain17.11.2020
Assalamualaikum, saya Ainul Izzah Bte Bahrol, pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Rekord) Universiti Teknologi Mara Segamat ingin memohon jasa baik dari puan untuk saya mendapatkan No talefon atau email Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan, ia bertujuan untuk saya membuat penyelidikan dari karya pihak Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan. Ia bertujuan untuk Assignment semester akhir saya. Di harap pihak puan dapat memberi tindak balas terhadap email saya secepat mungkin. Disini saya sertakan maklumat peribadi saya Nama : Ainul Izzah Bte Bahrol Matriks Number :2013256662 Campus :UITM Cawangan Segamat Semester :5 Mata Pelajaran :IMR 504 (ORAL HISTORY) No Talefon :017-6898227

Puan boleh menghubungi YBhg. Dato' Anuar melalui ASWARA kerana Dato' masih berkhidmat di sana. Alamat rumah Dato':
YBhg. SN Dato' Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan,

No. 13, Jalan Pekaka 8/10,

Kota Damansara,

47830 Petaling Jaya.
Lain-lain27.09.2014
Bolhkah tuan terangkan penggunaan 'menemukan' dan 'menemui'? Terima kasihKata kerja menemui bermaksud "bertemu dengan" sementara menemukan pula bermaksud "berjumpa dengan sesuatu yang dicari". Contoh ayat: Anuar akan menemui kawan lamanya di pusat beli-belah, Anuar telah menemukan kad pengenalannya yang hilang di dalam bilik tidur.Tatabahasa12.05.2010
17 minutes ago Saiyed Amir Anuar Salam sejahtera. Mohon izin bertanya. Cara sebenar menulis 'ibu pejabat', adakah di dekatkan atau di jarakkan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah ibu pejabat.Ejaan25.05.2014
Saya mendapat tahu bahawa Encik Abdul Jalil Haji Anuar dari DBP pernah membentangkan kertas kerja tentang perkataan ianya di sebuah universiti pada tahun 1999. Menurut beliau, berdasarkan data korpus, kata tersebut (ianya) semestinya telah tercatat dalam Kamus Dewan kerana kata tersebut telah digunakan dan terdapat dalam karya klasik. Mohon penjelasan.Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.Tatabahasa19.09.2009
Assalamualaikum tuan/puan Berhubung dengan buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan arwah Cikgu Anuar Abdul Wahab terbitan tahun 1992. Diharap pihak tuan/puan dapat mengulang cetak buku berkenaan kerana kami generasi yang terkemudian tidak dapat menikmati hasil karya tulisan beliau. Ini dilihat sangat penting memandangkan beliau sudah tiada dan kami masih memerlukan seberapa banyak rujukan mengenai Silat Melayu. Diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini demi warisan bangsa kita Melayu. Izhar bin Mat Isa 850807-05-5143 Ampang, SelangorTerima kasih atas cadangan tuan. Cadangan ini akan dikemukakan kepada Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain10.07.2009
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata hubung sementara dan sambil. Apakah jawapan yang betul untuk soalan ini? Anuar membaca surat khabar ( sementara, sambil ) menunggu isterinya menyediakan minuman petang.Jawapan yang betul ialah sementara.Tatabahasa18.04.2013
betulkan sekiranya ayat dimulakan dengan 'Ini kerana' Contoh, Ini kerana Malaysia sebuah negara yang aman dan damai.

Sdr Anuar,

Untuk makluman sdr, perkataan "ini atau itu" digolongkan sebagai kata ganti tunjuk. Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang. Misalnya;

   1. Ini kaset lagu terbaharu Mawi.

   2. Itu rumah kawan saya.

Oleh yang demikian, ayat sdr sepatutnya;

Hal ini kerana Malaysia merupakan negara yang aman dan damai.

(bukannya: Ini kerana Malaysia merupakan negara yang aman dan damai.) 

Tatabahasa07.03.2009
12

Kembali ke atas