Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anuar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HALIM ANUAR

HALIM ANUAR (1932 -          ), penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1932 di Kampung Kelubi Dalam, Jitra, Kedah. Dia menggunakan nama samaran Malihan. Halim mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Jitra dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim dari tahun 1949 hingga tahun 1951. Selepas itu, dia belajar secara bersendirian hingga ke peringkat Higher School Certificate. Dalam bidang kerjaya, Halim pernah bertugas sebagai guru dan mengajar di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang hinggalah dia bersara daripada jawatan tersebut.

SASTERATokoh
ANWAR RIDHWAN

Dia lahir pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.  Nama sebenarnya ialah Mohd. Anuar Haji Rethwan.  Dia mendapat pendidikan asas di Sekolah Ungku Aziz Sabak Bernam (1963-1967) dan Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur (1968-1969).  Pada tahun 1970, dia menuntut di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.  Bakat besarnya dalam bidang sastera dan penulisan bermula ketika pada tahun pertama universiti, terutamanya dalam bidang sajak dan cerpen, dan turut mengasaskan ikatan Sastera Universiti Malaya (ISUM) dan mengelolakan ruangan kebudayaan akhbar Mahasiswa Negara.  Anwar lulus Sarjana Muda Sastera (kepujian) pada tahun 1973.  Pada bulan Mei 1973, dia bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Sejak bertugas di DBP, Anwar pernah menjadi sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.  Pada tahun 1983, dia menamatkan pengajian ijazah sarjana Sastera di Universiti Malaya.

SASTERATokoh
RUMAJA MALAYA

RUMAJA MALAYA (1930 -        ),  penulis.  Dia lahir pada 10 Mac 1930 di Kampung Bukit Kecik, Bukit Meriam, Kota Kuala Muda, Kedah.  Nama sebenarnya ialah Abdul Hamid Haji Hashim.  Dia juga menggunakan nama pena Hamidi Anuar.  Rumaja Malaya mendapat pendidikan awal sekolah Melayu di kampungnya hingga tamat darjah empat.   Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Rakyat hingga darjah empat tahun 1949.

SASTERATokoh
ISHAK HAJI MUHAMMAD, DATO'

ISHAK HAJI MUHAMMAD, Dato’ (1909-1991), sasterawan dan wartawan. Dia lahir pada 24 September 1090 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Temerloh, Pahang. Semasa kecil, dia dinamakan Awang Ahmad bin Haji Haji Muhammad. Dia juga dikenal dengan nama Pak Sako. Pak Sako adalah nama samaran yang paling popular yang digelar oleh orang Jepun yang menyebut “Ishak” dengan pelat “Isako”. Nama pena Ishak yang lain ialah Isako San, Anuar, Hantu Raya, Tok Siak, Pak Pandir Moden, dan Nenek Kebayan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas