Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anugerah Allah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
3. Anak .................. anugerah Allah. ialah adalah merupakan 4. Beliau memiliki ijazah sarjana .............. bidang ekonomi. di dari dalam 5. ............... abad ke-20 Di Pada Dalam 6. Dia asyik termenung dari hari ke sehari. Betul Salah 7. Institut Irsyad ............. sebuah institut persendirian. ialah adalah merupakan 8. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan ... Betul SalahJawapan untuk soalan yang diberikan:
3.  Anak ialah anugerah Allah
4.  Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi
5.  Pada abad ke-20
6.  Dia asyik termenung dari hari ke sehari  -  Salah
7.  Institut Irsyad ialah/merupakan sebuah institut persendirian
8.  Keputusan yang diambil adalah berdasarkan  ...  Salah
Tatabahasa29.10.2016
Mohon bantuan 1. Anak .................. anugerah Allah. a).ialah b).adalah c).merupakan 2. Beliau memiliki ijazah sarjana .............. bidang ekonomi. a). di b).dari c). dalam 3. ............... abad ke-20 a). Di b). Pada c). Dalam 4. Dia asyik termenung dari hari ke sehari. a). Betul b). Salah 5. Institut KITA ............. sebuah institut persendirian. a). ialah b). adalah c). merupakan 6. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan ... a). Betul b). Salah

Jawapan untuk soalan yang diberikan:
1.  Anak ialah anugerah Allah
2.  Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi
3.  Pada abad ke-20
4.  Dia asyik termenung dari hari ke sehari  -  Salah
5.  Institut KITA ialah/merupakan sebuah institut persendirian
6.  Keputusan yang diambil adalah berdasarkan  ...  Salah

Tatabahasa29.10.2016
Penggunaan ialah dan adalah. Mohon huraikan."Ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama. Contoh: Anak ialah anugerah Allah swt. Manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Kursus ini adalah untuk mempertingkatkan prestasi staf.Lain-lain21.07.2010
Apakah perbezaan antara perkataan 'adalah' dan 'ialah'?Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, contoh : Anak ialah anugerah Allah SWT; 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contoh : Kursus ini adalah untuk pegawai  atasan.Tatabahasa20.01.2008
salam sejahtera, saya ingin tahu tentang perbezaan penggunaan perkataan ialah dan adalah. terima kasih'Ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama. Contoh : Anak ialah anugerah Allah SWT. 'Adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh : kursus ini adalah untuk .....Tatabahasa06.05.2008
Boleh jelaskan antara ialah dan adalah.Terima kasih"Ialah" digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama. Contohnya: Anak ialah anugerah Allah SWT, manakala "adalah" pula hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Contoh: Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta.Lain-lain15.08.2010
apakah yang dimaksudkan 'ialah' dan 'adalah' serta terangkan cara penggunaannya."Ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama. Contoh: Anak ialah anugerah Allah swt. Manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Kursus ini adalah untuk mempertingkatkan prestasi staf.Lain-lain16.08.2010
apakah beza antara adalah dengan ialahkata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama Contoh:(ialah) 1. Anak ialah anugerah Allah 2.Sepak takraw ialah sukan yang dipertandingkan.... Contoh:(adalah) 1.baju itu adalah baik 2.Kursus ini adalah untuk...Tatabahasa26.07.2007
perbezaan perkataan "ialah" dan "adalah"Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250)Tatabahasa06.03.2014
beza antara ialah dan adalah dalam penggunaan ayat1. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250).Tatabahasa10.08.2009
123

Kembali ke atas