Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nyam] | اڽم

Definisi : corak anyaman; jenis-jenisnya: ~ kudai = ~ selang dua, ~ gila, ~ pucuk rebung, ~ sasak, ~ tiga selang tiga, ~ tikar; menganyam 1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar, bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal (rambut), mendandan: ~ rambut; anyam-menganyam pekerjaan meng­a­nyam; anyaman 1. hasil menganyam, barang yg dianyam; 2. kerja menganyam; penganyam orang yg kerjanya menganyam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.nyam] | اڽم

Definisi : ; beranyam 1 dlm keadaan bersusun bersilang-silang (bkn rotan yg dijalin dsb); berjalin. 2 sudah disusun bersilang-silang; berjalin. menganyam mengatur atau menyusun sesuatu (spt daun mengkuang yg telah dijangka) bersilang-silang; menjalin. anyam-menganyam pekerjaan menganyam. anyaman hasil drpd menganyam; barang yg dianyam: ~nya sangat cantik. penganyam orang yg (kerjanya) menganyam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anyam

Puisi
 

Anyam ketupat tebakul baru,
     Mari makan sira gula;
Sudah dapat kasih baru,
     Buang saya dengan segera.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, yang manakah frasa yang betul di bawah ini: 1) anyam ketupat 2) anyam kelongsong ketupat Jika difikirkan logik, kita menganyam sarung (kelongsong) ketupat, kemudian barulah dibubuh isi di dalamnya. Tetapi anyam ketupat lebih kerap digunakan dalam masyarakat. Jadi, yang manakah betul? Terima kasih.Frasa menganyam ketupat yang menunjukkan perbuatan menyediakan sarung atau kelongsong ketupat boleh digunakan dan sudah gramatis.Tatabahasa19.03.2013
Salam sejahtera, adakah frasa "menganyam ketupat" diterima dari segi bahasa dan tatabahasa? Adakah frasa "menganyam kelongsong ketupat" lebih tepat untuk digunakan? Mohon pencerahannya. Sekian, terima kasih.Berdasarkan carian melalui Internet, frasa "anyam/menganyam ketupat" banyak digunakan dalam wacana, manakala frasa "anyam/menganyam kelongsong ketupat" sangat sedikit penggunaannya. Walaupun dilihat dari aspek makna frasa yang tepat ialah menganyam kelongsong ketupat, namun anyam ketupat telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kedua-dua bentuk frasa menganyam ketupat dan menganyam kelongsong ketupat boleh digunakan.Tatabahasa31.05.2020
Salam sejahtera. Minta batangkan suku kata dan juga sebutan untuk "anyam". Terima kasih.Pembantangan suku kata ialah [a.nyam].Tatabahasa23.08.2016
Selamat sejahtera. saya ingin tahu mana di antara ini betul: 1.anyaman daripada daun kelapa sangat cantik. 2.barangan daripada daun kelapa adakah 2 patut ditulis sebagai 'barangan diperbuat daripada'? kata nama am di depan "daripada" sepatutnya kata nama am hasil perbuatan (anyam)? terima kasih.Ungkapan seperti ... anyaman diperbuat daripada ... banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Lihat buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 182: Awalan diper-... boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama; awalan diper-... boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif; dan awalan diper-... apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna terdapat sesuatu. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah anyaman daripada daun kelapa sangat cantik.Tatabahasa09.02.2012
assalamualaikum tuan,saya musykil tentang permohonan papan tanda saya yang ditolak atau tidak menepati ciri ciri bahasa malaysia.Diharap dapat kiranya pihak tuan memberikan kesalahan pada papan tanda kedai saya supaya saya dapat membuat pembetulan dengan secepat mungkin.Untuk pengetahuan pihak tuan saya sedang memohon permit perniagaan daripada MBSA dan ingin mempercepatkan proses permohonan tersebut kerana khuatir akan dikenakan tindakan daripada MBSA. Sekian.Terima kasih. Wassalam.Penggunaan bahasa Melayu dalam papan tanda yang dilampirkan mempunyai kesalahan tatabahasa. Sila buat pembetulan seperti yang berikut:

a. MENCETAK DAN MEMBEKAL = PENCETAK DAN PEMBEKAL
b. T-SHIRT, JERSEY UNIT PERSATUAN , MUG, WOVEN BAG, CAP, PEN, LANYARD, SEMINAR BAG, MOUSE PAD = KEMEJA-T, JERSI, KEMEJA-T UNIT PERSATUAN, KOLE, BEG ANYAM, TOPI, PEN, LANYARD, BEG SEMINAR, PAD TETIKUS.

Tatabahasa15.07.2013

Kembali ke atas