Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nyam] | اڽم

Definisi : corak anyaman; jenis-jenisnya: ~ kudai = ~ selang dua, ~ gila, ~ pucuk rebung, ~ sasak, ~ tiga selang tiga, ~ tikar; menganyam 1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar, bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal (rambut), mendandan: ~ rambut; anyam-menganyam pekerjaan meng­a­nyam; anyaman 1. hasil menganyam, barang yg dianyam; 2. kerja menganyam; penganyam orang yg kerjanya menganyam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.nyam] | اڽم

Definisi : ; beranyam 1 dlm keadaan bersusun bersilang-silang (bkn rotan yg dijalin dsb); berjalin. 2 sudah disusun bersilang-silang; berjalin. menganyam mengatur atau menyusun sesuatu (spt daun mengkuang yg telah dijangka) bersilang-silang; menjalin. anyam-menganyam pekerjaan menganyam. anyaman hasil drpd menganyam; barang yg dianyam: ~nya sangat cantik. penganyam orang yg (kerjanya) menganyam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anyam

Puisi
 

Anyam ketupat tebakul baru,
     Mari makan sira gula;
Sudah dapat kasih baru,
     Buang saya dengan segera.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anyamanyamKesenianTiadaTeknik menjalur helai atau bilah daun, lidi, rotan, akar, buluh atau beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun secara silang antara satu helaian dengan helaian yang lain.
anyam putih (Br.)anyam putih (Br.)KesenianTiadaTeknik anyam kosong tanpa corak pada seraung.
anyam balikanyam balikKesenianTiadaTeknik menganyam semula bahagian taja anyaman yang dimatikan sementara.
anyam tepianyam tepiKesenianTiadaAnyaman tambahan sebagai pengemas, penghias, dan penyudah yang dijahitkan pada tepi tikar dan anyaman lain.
anyam bucuanyam bucuKesenianTiadaTeknik mencantumkan dua bahagian helai bujur yang dibahagikan sama banyak untuk membentuk bucu.
anyam gilaanyam gilaKesenianTiadaTeknik menganyam yang berasaskan enam helai atau bilah untuk membentuk mata anyaman heksagon,lazimnya untuk membuat rombong.
anyam tambahananyam tambahanKesenianTiadaTeknik menganyam pada bahagian tengah atau badan sesuatu anyaman tikar, bakul, raga dan sebagainya.
anyam susutanyam susutKesenianTiadaTeknik menyusupkan helaian bahagian hujung anyaman untuk mematikannya.
anyam tapak bintanganyam tapak bintangKesenianTiadaTeknik menganyam tapak atau dasar bakul atau raga yang berbentuk bulat, biasanya anyaman yang dihasilkan berbentuk kelarai.
anyam selang satuanyam selang satuKesenianTiadaTeknik menganyam mata dengan anyaman berselang antara satu sama lain secara teratur dan seragam.
12345

Kembali ke atas